Salam Sejahtera dan Selamat Maju Jaya.
Hari ini merupakan hari yang gemilang untuk Anuar Ibrahim. Setelah 10 tahun terkeluar dari Parlimen, hari ini beliau kembali. Dalam masa 3 hari, kita semua akan menyambut Hari Kebangsaan yg ke-51. Dalam tak sedar rupanya sudah setengah abad Malaysia merdeka. Pelbagai insiden-insiden dan situasi sudah berlaku di negara kita, Malaysia Tercinta. Ekonomi berkembang dahulunya tetapi sekarang ianya berada di dalam keadaan yang stagnant. Apakah puncanya, tiada saya ketahui. Namun apa yang pasti, wang kita saban hari makin mengecil.
Dalam masa 51 tahun kita merdeka, bangsaku, Melayu masih lagi terpingga-pingga mengharapkan bantuan kerajaan. Masih lagi mahu mengekalkan Hak-Hak Istemewa Kaum Bumiputra. Hak apa saya pun kurang tahu. Diskaun 5% beli rumah? Kuota didalam sektor kerajaan? Hak melanjutkan pelajaran? Hak Ekonomi? Entah pun tidak tahu.
Sudah hampir setengah abad kita merdeka, bangsaku masih lagi terpinggir kerana tidak tahu apa itu usaha. Benar. Bukan semua orang Melayu yang bengong-bengong. Namun hampir kebanyakan bangsaku sudah tidak kenal apa itu Usaha Tangga Kejayaan.
Bila dikhabarkan tentang orang Melayu sudah berjaya capai target 30% DEB. Adapula yang mengamuk minta orang itu tarik balik hasil researchnya. Apakah tidak bangsaku berasa bangga apabila berjaya capai target 30% itu? Kenapa perlu tekejut dan melatah sambil sanggup berkata bahawa itu adalah isu sensitif. Sensitif celah mana?
Selagi wujudnya Hak Istemewa Orang Melayu selagi itulah Sumpahan Orang Melayu akan kekal. Tidak akan Hilang Melayu di Dunia. Benar. Namun apakah maknanya sekiranya anak bangsaku hanyalah golongan kelas busuk di negaranya. Ianya pasti akan berlaku sekiranya tidak ada apa-apa perubahan yang akan dilakukan. Sumpahan Bangsa Melayu akan terus menjadi-jadi sehingga segalanya sudah tidak bermakna lagi.
Pada waktu itu, mungkin saya sudah mati, Tun Mahathir pun orang kenal dalam buku sahaja. Bangsaku adalah kelas paling bawah di negaranya sendiri. Apabila ini berlaku, siapa yang perlu dipersalahkan? Mahathir? UMNO? BN? Anuar Ibrahim?. Tidak, tidak seorang pun dari mereka yang bersalah. Yang salah adalah Bangsa Melayu itu sendiri! Masih leka dan tidak sedar akan perubahan yang harus dilakukan. Masih lagi terkejar-kejar Hak Bangsa Melayu yg sebenarnya merupakan Opium yang membunuh di dalam diam.
Bangsa-bangsa lain makin kehadapan dan MARA. Namun kita orang Melayu masih berada di takuk lama. Mempertahankan hak yang sememangnya merusakkan dan melalaikan. Apekah hak2 istemewa ini? Cukuplah sekadar melindungi Sultan-Sultan dan Raja serta Yam Tuan Besar selaku simbol kebesaran orang Melayu. Cukuplah dengan pengiktirafan Bahasa Melayu dan Agama Islam sebagai Bahasa dan Agama Rasmi. Itupun sebenarnya atas kertas sahaja. Pelaksanaannya tiadalah berlaku dengan baik.
Fikirkanlah. Maju atau Mundur.