Sejahtera Semua,
Baru-baru ini kecoh dengan kisah orang kena tahan atas nama ISA. Yang baut lagi kecoh adalah sebab penahanan tersebut. Mereka ditahan kerana untuk menjaga keselamatan mereka, yang kononnya terancam. Haha. Makna kata sekiranya sesiapa yang rasa dirinya terancam bulehle minta perlindungan di bawah ISA. 2 tahun beb makan free dan tempat tinggal free.
Dan di sebalik kisah penahanan orang-orang itu itu atas nama ISA, ada dua kumpulan Islam yang menyokong tindakan kerajaan itu. PPIM dan Pewaris menyokong tindakan itu kerana berpendapat ianya wajar kerana mencerca agama Islam dari segi Azan. Mereka menuduh si Theresa Kok minta perlahankan suara Azan. Apa ini? gila apa, yang dikecohkan ialah penggunaan pembesar suara sewaktu kuliah subuh dan maghrib. Tak pula disebutkan tentang Azan. Inilah yang dikatakan semberono. Bodoh punya pertubuhan.
Kalau berbicara tanpa ilmu agama itulah yang akan jadi. Kalau berbicara tanpa usul periksa tentang alkisahnya, maka topik juga akan lari. Mari kita lihat apa Mufti Perlis kata (Mufti! bukan saya!!!)
Kata Dr Asri, isu agama turut membabitkan sensitiviti agama lain. Tapi dari segi mempersoalkan identiti Islam seperti laungan azan, itu tidak boleh.
“Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulamak Islam juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama dengan menggunakan pembesar suara sehingga menganggu ketenteraman awam, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi.
“Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama untuk diperdengarkan di pembesar suara, berpada untuk sidang yang mendengar sahaja,” jelasnya.
Jelas kelihatan, azan memang tidak boleh dipersoalkan. Perkara tentang Azan ini sudah dimaklumkan bahawa tiada penentangan atau rungutan mengenainya daripada penduduk Kinrara Seksyen 5. Apa yang mereka minta adalah memperlahankan sedikit Volume Pembesar Suara sewaktu Majlis Kuliah.
Cuba kalau kita minta Kuil Hindu jangan bunyi loceng, pastila mereka marah. Seperti itu juga sensitiviti orang-orang bukan Islam disana. Yang diminta lain, yang jadi cerita panas lain. Mereka semua maklum kalau meminta untuk memperlahankan Azan maka jawabnya adalah “Yuck Fou!!”. Mereka tidak kisah pun tentang Azan 5 minit itu.
Inilah yang dikatakan mempolitikkan sesuatu untuk mencari sokongan. Namun ianya tidak menjadi. Kerana, rakyat Malaysia sudah pandai mengira. Dahulu kala mungkin ABC pun tak tahu. Namun sekarang, jangan kata ABC, Twinkle2 Little Star pun kitorang tahu apa!!
Pikirlah Sendiri, korang nak dengar kata Mufti Perlis atau Orang Bodoh
Itulah dia. Kurang membaca adanya mereka itu. Kita pon jangan tulis macam2, nanti kena ISA. Tapi kalau kita rasa terancam apa salahnyakan masuk ISA. Untuk keselamatan apa. harharhar
Aku pun menulis tentang ini. Nampaknya Khir Toyo dan orang Utusan sengaja memperbesarkan isu. Dan nampaknya Syed Hamid Albar “saya tak tahu apa2” pun termakan dek isu ini. Atau mungkin dia sedang tidur/hipnosis ketika menandatangani persetujuan penangkapan ISA itu? Maklumlah pak – pak menteri ini berkepimpinan melalui teladan… Kalau pemimpin itu selalu tidur….