Malaysia boleh terima PM bukan Melayu??

Sejahtera dan Selamat Maju Jaya

Semoga anda sekalian berada di dalam keadaan yang gagah serta sihat. Adapun World of Warcraft : Wrath of the Lich King sudah berada di dalam pasaran. Copy saya masih berada di kedai Auntie Lollipop di Subang Parade (Mungkin Anda Kenal!!). Baru-baru ini mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, ada memberi ucaptama di Perdana Discourse Series di Perdana Leadership Foundation. Tema PDS pada kali ini adalah Bangsa Malaysia. Siri ini (yang ke-8) adalah salah satu daripada 10 siri yang dikelolakan oleh Perdana Leadership Foundation yang juga ditaja oleh Proton.

Suka saya berkata disini, apabila Tun Dr. Mahathir bercakap, ataupun memberi sepatah dua-kata, ramai orang yang akan teruja. Semua orang suka nak dengar apa dia nak cakap. Setiap kali siri ini diadakan, atau mana2 event yang melibatkan Tun Dr. Mahathir, sambutannya adalah amat menggalakkan. Sehinggakan ada orang yang menyangkakan Perdana Leadership Foundation adalah kubu kuat Tun Dr. Mahathir, ianya ada tidak benar sama sekali. Kaji2lah dahulu akan sebab penubuhan PLF dan fungsi utama PLF. Tidak ada satupun daripada misi dan visinya adalah untuk kepentingan orang tua itu.

Saya kalau ada orang salah anggap dengan PLF ini mmg saya tidak berapa nak suka. Itu adalah tempat bermulanya karier saya sebagai seorang Librarian. Jadi musti mau hormat. Tun Dr. Mahathir ada berkata di bahawasanya:

Sesiapa saja, baik Melayu atau bukan Melayu, boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia asalkan dia “Bangsa Malaysia”.

Itu adalah pendapat Yang berbahgia Tun. Tapi, tidak semestinya, saya akan bersetuju dengan pendapat Tun. Saya tidaklah seperti penyokong-penyokong beliau yang fanatik. Apa sahaja Tun kata, sokong!!! Tidak perlu pikir-pikir. Itulah dia Penyokong Fanatik beliau. Seperti tiada tulang belakang hendaknya. Haruslah kita berfikir dahulu sebelum menerimanya.

Saya memang tidak ada masalah untuk sesiapapun menjadi PM di Malaysia. Cina, India, Hindu, Buddha, Chrisitan, Muslim, Jawa, Melayu, Islam, Atheist, Banjar atau sesiapa pun. Asalkan yang adil dan saksama sahaja. Bukannya zalim dan thagut.

Namun, suka saya tekankan disini, kebanyakan orang-orang UMNO dan orang-orang Melayu masih belum bisa menerima PM yang bukan melayu. Ini kita dapat lihat dengan perlantikkan Pengurus Besar PKNS. Berduyuh-duyun bantahan daripada masyarakat MELAYU dengan appointment itu. Heboh diperkatakan Tan Sri Khalid khianat kepada orang-orang Melayu (Celah Mana!!). Inilah yang dipanggil Serkap Jarang. Yang menuduh orang di atas sana, yang BODOH mengikut adalah mereka yang dungu. Siapa yang Khianat sebenarnya? I don’t know you tell me!!! Meh! Itu baru PKNS, belum yang di atas lagi.

Kalau macam ini keadaanya, bila pula Malaysia sudah bersedia menerima PM Bukan Melayu?? Okey. Pikir-pikirkan lah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.