FINAS yang Kurang Bijak

Sejahtera

Pengarah FINAS menyarankan agar tiket wayang untuk pilem2 Hollywood dijual pada harga RM20. Kununnya untuk memberi peluang kepada pilem2 tempatan. Ini adalah satu cara yang kita pernah lihat sewaktu penjualan kereta nasional PROTON satu masa dahulu. Taktik kotor.

Namun suka untuk saya berbicara bahawa En. Ahmad Puad Onah sebenarnya telah memberi satu saranan yang tidak bijak. Bukan kerana harga tiket kami pilih wayang kami. Bukan kerana Hollywood. Ini adalah kerana kami semua tahu, pilem2 tempatan ini akan ditayangkan di ASTRO dlm masa beberapa bulan sahaja. Sebagai contoh, pilem Anak Halal, tak sampai 3 bulan itu pilem sudah ada di ASTRO. Untuk apa saya buang duit tonton pilem2 tempatan.

Bukan kerana Hollywood saya pileh untuk membeli tiket wayang. Sebab lagi satu adalah kualiti pilem2 yang ditayangkan. Tidaklah saya berapa nak gemar dengan beberapa pilem buatan Malaysia. Adalah 2,3 pilem yang bagus-bagus tapi majoritinya hampeh, umpama, rosak susu setitik kerana nila sebelanga.

Sebelum En. Ahmad naikkan haraga pilem2 omputeh itu ke RM20. Kaji dahulu sebab2 kami semua tak berapa nak suka nonton bioskop tempatan. Yea En. Ahmad, kami tak kisah pon berapa kami kena bayar untuk nonton pilem2 omputeh asalkan tidak nonton pilem tempatan yang tidak ada kualiti itu.

Kalau pilem2 Singapura dan Thailand boleh cecah pasaran Sekutu Israel itu dan seluruh dunia, ngape pilem2 kita tidak boleh. Busukkah pengarah kita? Bangsatkah kita? Tidak juga. Tidak adil untuk salahkan pengarah saja. Cencorship di FINAS mengarut juga. Itu juga memainkan peranan di dalam penurunan minat kami terhadap pilem2 tempatan.

Yea En. Ahmad yea. Pikir2kanlah sebelum anda menyarankan sesuatu. Sudahlah Malaysia ini penuh dengan manusia yang kurang membaca dan anda yea En. Ahmad janganlah cuba untuk join mereka.

En Ahmad oh En. Ahmad

3 thoughts on “FINAS yang Kurang Bijak

  1. munmon March 4, 2009 / 5:21 PM

    Hanya ini yang bisa saya katakan pada finas….

    _|_ U!!!

  2. amien7 March 5, 2009 / 3:20 PM

    salam
    wah, bukan main lagi cik suzikon memberikan ulasan…
    aku penah terserempak dgn prof tersebut ketika sedang enak menikmati kerang bakar di puncak perdana suatu ketika dahulu..
    dengan muka kereknya meng’usya’ persekitaran sekelilingnya… poyo best la konon…
    anyway, gua pon dah jarang layan wayang. main beli dvd je kat mall kalo nak tengok cerita2 best…adios!

  3. Kiter March 3, 2009 / 4:29 PM

    ya betol!!! harga tiket bukan ukuran nyer. yang penting jalan cerita dan kesan2 khas yang ada pada cerita tersebut.

    hanya beberapa filem melayu yang saya kira itu cukup memberi kesan. antaranya hati malaya dan puteri gunung ledang.

    tapi yang paling teruk cerita2 yang dibuat oleh seorang profesor. (rase2 semua orang tau kot) cerita yang dibuat tak setanding dengan ilmu yang ada. apara!!!

    aku pon dah lama tak beli tiket rm10 neh. premiere class ja!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.