Tidak faham lagikah?

Salam Sejahtera

Lebih kurang 8000 manusia dijamu dengan gas pemedih mata oleh kumpulan berbaju biru di ibu negara semalam. Turut terkena gas tersebut ialah Sasterawan Negara A. Samad Said. Namun tujuan pokok mereka berjaya dilaksanakan. Adapun tujuan gerombolan manusia tersebut adalah untuk membantah penggunaan Bahasa Inggeris di dalam matapelajaran Sains dan Matematik. Mereka berarak dari Mesjid Negara ka Istana Negara. Oh yeah. Ini semua dikelolakan oleh GMP iaitu akronim untuk Gerakan Mansuhkan PPSMI. Sebuah tujuan yang mulia untuk mendaulatkan Bahasa Melayu.

Saya adalah salah seorang daripada mereka yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan tersebut (suka saya maklumkan di sini bahawasanya saya sedang bermain World of Warcraft di waktu kejadian. Dalam erti kata lain, saya tidak terlibat). Siapa lagi kalau tidak kita yang mempertahankan bahasa kita. Sudahlah ramai daripada kita yang malu nak mengaku Melayu. Kurang2 pon pertahankanlah Bahasa Kita.

Dan pukimak2 semua dengar sini, jangan anda semua kata saya tidak tahu berbahasa Inggeris dan jangan pula anda semua kata kami benci Bahasa Inggeris. A. Samad Said dan rakan2 bukannya tidak tahu menggunakan Bahasa Orang Puteh itu. Cuma kami percaya penggunaan BI di luar kelas bahasa adalah sesuatu yang tidak bijak.

Saya tidak menggunakan BI untuk Sains dan Matematik boleh je skor A untuk BI. Tidak saya percaya akan penggunaan BI untuk Sains dan Matematik bisa memperkasakan bahasa itu. Sungguh dungu mereka itu. Ada seorang bekas guru menghantar komennya ke Lidah Kerajaan Utusan Malaysia. Saya kuot

Bagi saya pengunaan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik hanya dalam mata pelajaran yang berkenaan sahaja. Ini bukan menjejaskan penggunaan bahasa Melayu dalam mata pelajaran lain. Malah PPSMI ini juga akan memantapkan lagi penguasaan mata pelajaran bahasa Inggeris bagi anak-anak kita.

Anda lihat…. betapa ceteknya pemikiran Bekas Cikgi itu. Mantap celah mana? Tak pernah dibuat orang belajar bahasa di dalam kelas Sains dan Matematik. Seingat saya, saya memantapkan penggunaan Bahasa Kampong (BI) saya itu di dalam kelas Bahasa Inggeris bukannya Sains dan Matematik. Hanya dengan menggunakan perkataan addition, substraction, evolution, penis, vagina, square root dan earth as a sphere will not improve your language skills eh.. tidak akan memperkasakan penggunaan BI. Itu semua hanya bisa diperolehi didalam sebuah kelas yang kita panggil Kelas Bahasa. Anda seorang cikgu, anda seharusnya lebih tahu namun nampak gayanya anda pun sama mental dengan penyokong BI dalan Sains dan Matematik.

Fikir-fikirkanlah

One thought on “Tidak faham lagikah?

  1. maria March 13, 2009 / 12:00 PM

    saya dulu sgtlah bengap berbahasa inggeris sebab masuk sekolah kebangsaan ms sek rendah dulu.. pastu masuk sek convent, saya sedar saya jauh ketinggalaan dan cuba untuk belajar bahasa inggeris dgn cara membaca novel.. (tips cover kebodohan) baca je la tak paham pun.. lama2 baru pandai.. skrg ni takde la pandai mana pun, tp saya leh gelak la kalau org putih wat lawak.. 😉

    *sekadar berkongsi pengalaman, takde kene mengena ngan penggunaan bi dalam sains n matematik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.