Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik… degil

Salam Sejahtera dan Selamat Maju Jaya

Saya ada terbaca tulisan YAB Tun Dr. Mahathir tentang ketegasannya mempertahankan Bahasa Inggeris.  Yang paling kelakar di dalam blognya adalah coretan-coretan penyokong fanatik Tun. Macam orang bodoh pun ada, dungu pun ada tapi yang paling kelakar adalah pengikutnya yang hanya mengikut… tanpa berfikir menggunakan otak. Itu semua golongan-golongan Yes Sir!! No Sir!! Yes Sir!! Yes Yes! OK! OK! OK! Menyokong tanpa berfikir adalah kebodohan yang nyata. Anda semua mahu tengok orang-orang yang bodoh, silalah ke blog Tun Mahathir (sekarang kena kasi nama penuh, pasal ada dua Tun la neh!!). Kliklah mana2 post dan baca komen2 pengikut-pengikut Tun Mahathir yang kelakar itu (bukan semua yea… saya pasti anda boleh pilih yang mana satu.)

Pada saya pembelajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris tidak salah. Cuma sebab dan aturcaranya sahaja yang tidak betol. Kalau mahu memperkasakan Bahasa Inggeris buat apa gunakan subjek Sains dan Matematik. Saya tidak pernah pun belajar keduanya di dalam BI, ada juga degree, boleh je baca buku-buku omputeh tuh, boleh je berkomunikasi dengan penjual-penjual database dari Australia, US, Hong Kong dan sbgnya.

Kalau kita baca blog Tun Mahathir, kita teliti komen-komen penyokong²nya itu, kita dapat lihat… antara perkara2 yang dibangkitkan adalah

  1. Pembangkang
  2. Nak jaga Bangsa Melayu
  3. Komen2 ngarut dan lain-lain lagi

Dungu sungguh mereka itu. Ada juga yang bijak-bijak, tapi ramai yang bodoh dari yang bijak sampai habis ilang tak nampak mereka semua. Bak kata.. rosak susu secawan kerana nila se jag. (saya tahu ini salah, aku punya suka la).

Tun Mahathir tulis didalam hujahnya…

Tiap hari berpuluh kertas melapurkan hasil kaji selidik yang dibuat di seluruh dunia. Hampir semua kertas ini disediakan dalam bahasa Inggeris.

Untuk memahami tulisan mereka dalam bahasa Inggeris kita memerlu kelulusan Phd dalam bahasa Inggeris dalam bidang-bidang khusus. Tidak ramai saintis yang belajar dalam bahasa Melayu yang boleh mengguna bahasa Melayu untuk tujuan ini. Setahu saya tidak ada banyak buku berkenaan tajuk-tajuk ini dalam bahasa Melayu.

Nah… Tun Mahathir sindri tahu bahawa “Untuk memahami tulisan mereka dalam bahasa Inggeris kita memerlu kelulusan Phd dalam bahasa Inggeris dalam bidang-bidang khusus“. Celah mana korang semua nak mempertahankan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam BI.

Adakah dengan cara itu, Ah Heng, Abu dan Sami bisa pandai berbahasa Inggeris? Adekah BI di dalam Sains dan Matematik bisa menjadikan Ah Heng, Abu dan Sami pentutur Bahasa Inggeris yang baik? Sindri sudah tahu.. sindri mahu mempertahankan BI di dalam Sains dan Matematik.

This is where you are wrong Tun. You fail to convince me why Science and Mathematics should be taught in English. As far as I am concern Tun, this is not the right way. What is your logical reasoning behind this Tun? All books for Science and Mathematics are written in English? I do agree with you that we must master English. Yes! The most advanced books for Science and Mathematics are written in English, hence we must master that language.

But Sir… I begged your pardon Sir. Your reasoning to support Science and Mathematics in English is illogical, futile, absurd and idiotic. You yourself stated “Kalau ada pensyarah yang boleh bersyarah dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang pakar ini, mereka akan terdiri daripada yang belajar kepakaran ini dalam bahasa Inggeris.”

Apa yang Tun cuba cakap ini? Saya percaya Tun Tidak bodoh serta dungu. Kalau tak silap saya… mengikut daya pemikiran saya sebagai seorang Librarian… Tun percaya mereka yang bisa memahami apa yang disyarahkan adalah mereka yang paham Bahasa Inggeris, oleh itu yang mana lebih effisien Belajar Bahasa Inggeris secara total atau belajar BI di dalam Sains dan Matematik?

Kelakar sungguh kalau percaya BI di dalam Sains dan Matematik bisa memperkasakan penguasaan bahasa itu. BI memang penting tetapi caranya itu sahaja yang tidak betol.

Pikirlah!!!

5 thoughts on “Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik… degil

  1. mbmmbi May 10, 2010 / 5:59 PM

    Tips Belajar Bahasa Inggeris dengan berkesan

    1. Never Study A Single English Word
    That’s right, do not memorize words. Native speakers do not learn English by remembering single words. Native speakers learn phrases.
    2. Never Study Grammar
    Right now. Stop. Put away your grammar books and textbooks. Grammar rules teach you to think about English, you want to speak automatically– without thinking!
    3. Learn With Your Ears, Not Your Eyes
    Spend most of your study time listening- that is the key to great speaking.
    4. Slow, Deep Learning Is Best
    Its not enough to know a definition. Its not enough to remember for a test. You must put the word deep into your brain. To speak English easily, you must repeat each lesson many times.
    5. Use Point Of View Mini-Stories
    You must learn grammar by listening to real English. The best way is to listen to the same story… told in different times (points of view): Past, Perfect, Present, Future. How do you do this? Easy! Find a story or article in the present tense. Then ask your native speaker tutor to write it again in the Past, with Perfect tenses, and in the Future. Finally, ask him to read and record these stories for you.
    6. Only Use Real English Lessons & Materials
    How do you learn Real English? It’s easy. Stop using textbooks. Instead, listen only to real English movies, TV shows, audio books, audio articles, stories, and talk radio shows. Use real English materials.
    7. Listen and Answer Mini-Stories (not Listen and Repeat)
    Because the teacher constantly and quickly asks easy questions, you don’t have time to think about grammar. You just immediately shout a couple of words– which teaches you to respond faster, and faster, and faster.

    The 2 Big Secrets to Confident English Speaking
    Click here to view more details

    Semoga Bermanfaat

    • munmon June 22, 2021 / 10:30 PM

      iklan?

  2. munmon October 16, 2009 / 5:28 PM

    Dear Friend,

    Those people I label as idiot and kerbau, they don’t even know what they are talking about. You should be able to identify them yourself. Those people I label dungu are not those with different view from me.

    I quote again in case you miss it “Pengikutnya yang hanya mengikut… tanpa berfikir menggunakan otak. Itu semua golongan-golongan Yes Sir!! No Sir!! Yes Sir!! Yes Yes! OK! OK! OK! Menyokong tanpa berfikir adalah kebodohan yang nyata.”

    Succumbing to one’s idea without even knowing the background… that’s stupid. This is how Ayah Pin got his followers. This is the reason Hang Tuah killed Jebat. Following without even thinking.

    Those who support Tun M, with solid reasoning and argument, they are not bodoh and dungu. Read Friend… Read.

    Example : Saya sokong Tun 100%. (What the hell is this? Unless you are one of them, well, at least I know why.) If Tun were nobody, no one would ever agree with him. My God!! “Saya Sokong Tun 100%” that is not even an opinion.

    Learning S&M in English to improve English is absurd. English should be taught in English Classes.

  3. kimi October 11, 2009 / 5:01 PM

    There is no need to call anyone stupid or lame. Let’s hear people’s opinion with an open mind. Name-calling is disrespectful and it’s pointless. That said, Science and Math is Tun’s field. He is simply talking from his own personal experience.

    You will find people learning other subjects such as law or engineering, voicing the same sentiment. Life is easier when you learn those subjects in English.

    Fact remains: vast majority of knowledge is in English. It doesn’t hurt if you try in any way to master it. S&M in english may not make one an expert in English, but it helps. Better something than nothing.

    If you want to learn about malay literature, you will have more advantage if you learn it in malay as compared to in English. Because the vast majority of malay literature knowledge is in Malay. Note the word “ADVANTAGE”.

    Same thing with S&M. You have more ADVANTAGE if you learn it in English because the vast knowledge and reference of S&M is in English.

    No need to call someone bodoh or dungu just because he/she has a different way of thinking than you. We don’t all have to think alike, but we can learn from each other. We can grow better if we listen rather than comment, appreciate rather than criticise. Exchange thoughts rather than debate. It’s just opinions, people.

  4. haizam April 29, 2009 / 3:40 PM

    saya merasa terpanggil untuk berkongsi pendapat disini. bukan saya penyokong tun, tapi penglibatan dlm industri pendidikan mencelikkan mata saya akan sebab tersirat pembelajaran Sains dan Math dlm BI.

    spt yg saudara sedia maklum, semua buku2 S&M banyak dalam BI. saudara dan saya adalah kes istimewa..kite dua2 belajar dlm BM, tetapi di ITM kite belajar dlm BI..dan kerana kite istimewa, kite dpt catch-up BI spt yg saudara ceritakan.

    S&M dlm BI secara tidak langsung akan memudahkan adik2 kite utk belajar BI. pembelajaran BI itu sendiri tidak akan menentukan seseorg itu boleh mahir berbahasa inggeris dlm bidang S&M. terma2 yg digunakan adalah spesifik yg mana pembelajaran BI lebih kepada nahu, pembendaharaan kata, penyusunan ayat dsb.

    statistik SPM 2008 menunjukkan peningkatan dalam peratusan pelajar2 luar bandar dalam S&M dlm BI. peratusan mereka menjangkau pelajar2 bandar dan ini merupakan suatu perkembangan yg amat menarik.

    kita boleh kembali mengajar S&M dlm BM dgn syarat, segala buku2 S&M di dunia ini yg berbahasa inggeris perlulah diterjemahkan ke BM. dan perbanyakkan buku2 ilmiah dalam bidang S&M dalam BM…maksudnya, keluarkan/terbitkan buku2 tersebut. dan kite perlukan para ilmuan ditahap yang tertinggi utk mengeluarkan buku2 tersebut.

    kite sedia maklum bhw bidang S&M byk terdapat diluar sana dan kebanyakan bahan bacaan adalah dlm BI. pada saya, amatlah wajar pembelajaran S&M diteruskan dlm BI kerana ianya akan mendatangkan faedah jangka panjang kepada negara kite yg tercinta ini.

    sekian…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.