Susahke nak silent kan hanpon??

Salam Sejahetera dan Selamat Maju Jaya

Perilaku manusia mmg pelik. Namun sikap manusia ini kadang-kala tidak mencerminkan umurnya. Susah kita nak teka bagaimana seseorang itu hanya dengan melihat perangainya. Orang-orang tua cukup percaya dengan kaedah ini. Mereka percaya seseorang itu boleh dinilai hanya dengan melihat kelakuannya. Ini sebenarnya tidaklah betol, kerana orang-orang tua bukannya betol 100%.

Tak elok anak dara nyanyi semasa masak kerana khuatir akan dapat laki tua. Celah mana? Bongok sungguh orang-orang tua zaman itu. Kenapa perlu berlapik2? Kan ke mudah dan cepat serta tepat kalau guna kata-kata yang terus. “Oi Minah! Ko jangan la nyanyi, bukan sedap pon sore ko! Hangit nasi karang!!!”. Itu adalah contoh. Ada juga yang berperangai seperti orang giler tapi tidak giler. Saya ada seorang kawan yang giler, tapi dia tidaklah giler. Bererangai seperti seorang saiko.. tapi tidaklah saiko. Muka macam samseng pemandu lori tapi hati dia kecik. Merajuk numero uno. Haha

Okeylah kita berbalik pada tajuk utama iaitu… silent mode HP.

Apekah susah nak tekan butang itu? Apekah payah nak setkan fungsi bergegar? Susah benarke nak disable kan bunyi telepon. Faham2 jelah apabila melangkah masuk kedalam Library, pengguna harus tanam didalam otak bahawa sebarang bunyi yang bisa mengganggu pengguna lain haruslah dielakkan.

Payah ke nak paham Library = Diam = Toksah ganggu orang lain – perangai bangsat + hormat pengguna lain dan dapatlah jumpah besar iaitu pengguna library yang bijak. Kalau tidak mahu hormat undeng2 library… kurang-kurang hormatlah diri sendiri!!

Ramai tidak suka kalau saya panggil mereka berperanagi seperti bangsat tapi kalau dah serupa bangsat.. nak uat macam mana? Kalau kanak2 tadika masuk library buat bising tak apa la. Kita tahu sebab dia kanak2. Bodoh lagi dan masih belum bijak untuk berfikir. Ini dah besar, badan berbulu dah boleh jadi bapa atau ibu.. tapi masih lagi dungu.

Sila-sila lah pahamkam diri anda… apabila masuk kedalam library anda haruslah perlahankan handphone anda. Tidak ada orang yang akan kagum dgn hanpon anda!!! Jadi letakkan phone anda ke silent mode.

Paham?!?!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.