Lok’Tar Ogar dan Salam Sejahtera
Semoga anda semua sehat-sehat belaka. Punyalah lama aku tak baca surat khabar nasional sehinggakan terlepas kisah kelakar baru-baru ini. Setelah terbaca maka benarlah kata-kata seorang rakanku dahulu bahawa ramai manusia alaf ini yang kurang membaca.
Dikisahkan oleh yang empunya cerita bahawa ada satu makhluk Tuhan ini membandingkan dirinya dengan Mohandas (Mahatma) Karamchand si Jiwa Besar dan Nelson Mandela. Jauh Rusa dari Senapang. Bagaikan Langit dengan Bumi. Dari mana dia mendapat ide untuk membuat perbandingan tersebut?
He hold himself in high regard. But.. just too high. Apabila terkeluar ulasan-ulasan seperti itu, maka ramailah pembaca dan penulis blog menyamakan dirinya dengan Mugabe si Kuku Besi dari Rhodesia itu. Bukan apa, Nelson ada semangat Ubuntu yang kuat iaitu “Satu pegangan konsep kemanusian dimana manusia adalah sama rata dan sama rasa. Ubuntu adalah Zat Kemanusian” manakala Gandhi pula terkenal dengan Satyanya iaitu kebenaran adalah segala-galanya.
Cuba kita perhatikan betol-betol, celah mana kedua ini ada persamaan dengannya. Saya quote tulisan dia (dia tak kasi saya right click!! haha. Kelakarlah dia neh… patutla)
Perjuangan menegakkan keberanian ini memerlukan “keberanian”. Mandela pernah berkata : “Saya mempelajari bahawa keberanian bukanlah bermakna tidak punya perasaan takut, tetapi Berjaya mengatasinya. Mereka yang berani bukanlah mereka yang tidak punya perasaan takut tetapi mereka yang mampu menakluki rasa takut itu.
Hahaha. Kalau berani bubarkanlah DUN dan bikin Snap Election. Kalau berani la
Sungguhpun dekni kelakar orangnya tak perlulah kita nak samakan dia dengan Mugabe si Robert itu. Tak sama keduanya. Walaubagaimanapun, suka saya cerita bahawa perbandingan ini adalah tidak bijak kerana mereka adalah manusia yang hebat. Perjuangan mereka tidak sama dan sebesar zarah pun tidak sama.
Pikir-pikirlah yea