Salam Sejahtera
Ada satu cerita baru-baru ini kaki dan tangan kakitangan Syarikat Peraduan Gores & Menang kena belasah. Kasihan mereka yang kena belasah itu. Katalah kakitangan tuh baru je lapor diri, tak pasal-pasal kena pukul tanpa sebab. Dalam kisah peraduan Gores dan Menang ini, siapakah yang bersalah sebenarnya?
Adakah si Penipu (Syarikat gores dan menang) atau Mangsa Tipu (tukang Gores) yang bersalah. Siapa salah? Si penipu standard la, itu kerja dia menipu. Macam mana pun dia akan cuba untuk menipu. Yang kena tipu, kenapa tidak berfikir panjang dahulu. Dah lah kena tipu, kemudian nak mengamuk pula akibat kealpaan diri sendiri.
Mana ada dalam dunia kalau menang hadiah kita kena bayar untuk mendapatkan hadiah itu. Tidakkah mangsa itu terpikir bahawa dengan syarat seperti itu, sesuatu yang berbau ikan akan berlaku. Tidakkah kita diberi akal untuk berfikir secara rasional, waras dan logik.
Celah mana menang hadiah kita pulak kena bayar untuk mendapatkan hadiah itu. Waduh. Kacik la mangsa tipu itu. Kenapa kita perlu mengamuk kalau kita sendiri yang buat salah? Jenayah tidak akan berlaku kiranya tiada peluang untuk sebuah jenayah itu berlaku. Di dalam hal ini, mangsa tipu yang membenarkan dirinya ditipu.
Saya sendiri pernah tengok bagaimana Gores dan Menang ini cuba untuk menipu rakan saya, Si Bulu itu. Dengan penuh semangat Ah Beng itu menjerit dan terpekik kerana cuba untuk menyatakan betapa excitednya dia kerana rakan saya menang sebuah kereta.
Rakan saya mmg dah tahu ini adalah penipuan cuma dia mahu lihat sejauh mana dia nak menipu. So dia pon layan la si Ah Beng tu. Kami satu rumah ada rasa macam nak penampar je Ah Beng tuh kerana lakonanya yang over reacting. Rilek la wei. Bukannya kita budak sekolah yang tak tahu membezakan lakonan dgn elemen surprise yang asli. Bodoh la lu.
Kelakar gile sampai sanggup talipon boss dia sebab nak kasi tahu ada pemenang. Dgn pantas boss dia datang. Ewah2 macam drama pulak, talipon, terus boss dia sampai. Kebetolan ke tuh? Kalau tak sedar juga dia sedang menipu, maka bodohlah kita.
Dah gitu, boss dia pon sama cuba menunjukkan aksi excitednya sambil terus menerangkan syarat2nya. Kena bayar itulah inilah. Lan Jiao!!! Gila apa dah menang hadiah kita pulak kena bayar. Fuck You. Rakan saya bilan pada Ah Beng itu sama Bossnya “Ini hadiah saya tak mau!! Tapi you ambil la sindri kasi u punya mak ka, gf ka!”
Begitulah adanya, Ah Beng itu pulang dgn keadaan hampa kerana gagal menipu.
Moral : Lu orang dah tahu itu penipuan apa pasal lu orang biar kena tipu!!! Lu sindri cari penyakit!!