Salam Sejahtera kepada umat seantero alam. Tidak kira bulu dan kulit, semoga Allah merahmati anda semua.
Sudah masuk hari ke-4 umat Islam berpuasa menunaikan kewajiban yang selalunya diturutsertakan dengan pelbagai tipu daya manusia untuk tidak berpuasa. Yea, inilah ketikanya seseorang itu mengaku mempunyai gastrik dan macam2 lagi. Hakikatnya, dia tidak mahu berpuasa.
Dahulu kala, memang saya sangat malas nak berpuasa. Macam-macam gaya yang dilakukan untuk berbuka puasa sebelum pada waktunya. Nasi Ganja, KFC, McDonald adalah menu biasa ketika ponteng puasa. Pelik sungguh, dibulan tak puasa, menu2 tadi tidaklah menarik sangat. Namun, ketika bulan Ramadhan, mmg cukup gah jenama makanan tadi. Cukup pelik. Hal ini tidak bisa diuraikan sebabnya oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia.
Apabila berpuasa amalan mulia saya yang biasa iaitu.. merokok tidak menunjukkan gejala ketagihan yang ketara. Boleh je berpuasa tanpa merokok. Tapi kalau tak puasa, mesti mau berasap dahulu. kalau tidak… payah. Hmmm. Sungguh luar biasa, sungguh luar biasa, sungguh luar biasa.
Entahlah, di bulan Ramadhan ini, macam-macam perkara pelik kita nampak. Semoga misi puasa Satu Bulan kali ini akan berjaya. /amin
itu icon kecik… ang kena pie gravatar.com. login… belakang tukar dekat situ. sudah lupa aaa?
Yea. Terima Kasih
semoga Tuhan memberkati usaha anda itu wahai amroth.. sebab hang akan berada di suatu environment baru nantu tu..
bro, macam mana aku nak tukaq gambaq kat icon kecik nie..
🙂 selamat berpuasa penuh sebulan mun..