Apabila yang pandai-pandai berkata2

Salam Sejahtera dan Selamat Maju Jaya. Semoga Tuhan Semesta Alam memberi rahmat kepada anda semua. Tidak kira bahasa dan warna kulit, kita semua adalah sama di sisiNya.

Baru-baru ini kecoh tentang hukuman rotan ke-atas seorang wanita kerana meminum arak di tempat awam. Yea, benar, beliau merupakan wanita pertama yang ditangkap atas kesalahan itu. Tapi, itu bukan soalnya petang ini. Kita sedia maklum… arak adalah haram. Dosa sindri tanggung.

Namun cerita pada kali ini adalah, apabila yang pandai-pandai berkata2. Berbeza yea tuan2 dan puan2, pandai dan pandai2. Pandai adalah bijak, manakala pandai-pandai adalah lebih kepada bodoh. Ini dapat dilihat apabila ramai yang mempertikaikan hukuman ke-atas wanita tersebut.

Kepada siapakah, bantahan tersebut dilemparkan? Kepada Tuhan kah? Nabi kah? Agama kah? Yang nak dirotan tidak pula berbuat bising malah menerima dgn hati yang redha. Akan tetapi terdapat pula golongan pandai2 ini membuat bising merata. Ditambah pula dengan media massa di Malaysia yang cukup haprak dan jahat itu, maka perkara mudah ini telah menjadi besar seperti kes bunuh pula.

Golongan pandai2 ini terdiri daripada golongan2 yang tidak tahu apa yang cuba dikatakannya itu. Haruslah kita ambil tahu bahawa hukuman rotan dari segi syariah bukanlah untuk menyakitakan seperti hukuman rotan Mat Salleh itu. Bukannya rotan seperti kaki rogol atau kaki liwat atau pervert.

Golongan pandai2 ini mmg terkenal dgn beberapa dakyahnya daripada dulu lagi. Umpamanya memastikan wanita berdiri sama dgn lelaki, menjamin hak sama rata wanita dan macam2 lagi. Pandai2 kan?

Pikir-pikirlah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.