Tanggungjawab sekuriti data… hak siapa?

Salam

Kalau bercerita tentang data security ini, pasti ada yang pernah mendengar tentang kisah-kisah duit hilang dalam bank, duit di transfer ke akaun orang lain dan macam-macam lagi masalah tentang sekuriti data ini. Apa-apa pun apabila ini berlaku, pihak yang akan dibambu adalah Bank si mangsa. Sungguh kasihan bank2 itu. Cuba kita pikirkan, siapakah yang paling berhak menjaga sekuriti data anda. Bank atau anda sendiri?

Kebanyakan benda2 tipu-tipi ini semua terjadi di atas kesalahan mangsa itu sendiri. Tiada wang yang akan keluar dari akaun anda kiranya tiada arahan yang sah daripada anda. Melainkan ianya didalangi oleh penjahat di dalam bank tersebut. Jika ini berlaku, dah lama kena tangkap. Segala transkasi bank malah sehingga ke kredit kad pun memerlukan authorisation daripada tuan punya akaun. Lainlah kalau kad kena curi. Tanggungjawab anda juga untuk melaporkan kehilangannya. Tak lapor, pandai2 lah anda bayar bil2 tersebut.

Rakyat Malaysia, rata2 sudah bijak dan pandai semua. Tetapi masih ada juga yang tak berapa nak pandai atau pandai-pandai. Oleh itu, seharusnya kita membaiki diri kita agar tidak terus jadi tidak pandai. Hendaklah kita melengkapi diri kita dengan ilmu-ilmu penipuan supaya kita tidak akan ditipu oleh penipu2 yang sememangnya hebat2 belaka. Mereka menipu sebab mereka pandai. Yang kena tipu pula… sebabnya bodohlah. Belum lulus ilmu penipuan. Seharusnya kita ingat, penipu hanya menipu mereka yang tidak pandai. Skim Cepat Kaya la, itu la, ini la. Nak kaya cepat, tapi sebab kurang ilmu menipu, maka kenalah tipu. Papalah kamu akhirnya… sebabnya ialah.. Tidak Pandai Menipu. Moralnya ialah. kita seharusnya faham dan tahu serta sedar apakah modus operandi penipu2 licik ini. Hanya dengan itu kita bisa melawan atau elak dari kena tipu, iaitu :

Jangan Klik Link ke Bank dari Email
Ini adalah perkara pertama yang kita harus ambil berat. Jangan sesekali percaya arahan-arahan daripada bank melalui email yang meminta anda tukar password, reset password atau lain2 perkara yang seumpa dengannya. Bank tidak pernah dan tidak akan meminta password anda melalui email. Kalau bank nak reset password anda, depa boleh buat sendiri. Tak perlu minta permission pon!

Hafalkan URL Bank Anda!
Seharusnya kita tahu bahawa, salah astu cara untuk menipu pengguna bank, adalah dengan mencipta satu laman yang lebih kurang sama tetapi sebenarnya tidak sama. Ini orang putih panggil Phishing!!! Selalu2lah melihat kembali link2 yang kita buka agar kita sentiasa tahu, laman mana yg kita buka.

Gunakan password yang tak masuk akal
Password orang2 kebanyakan selalunya semudah abc dan 123. Pengguna komputer yang bijak adalah mereka yang paranoid akan sekuriti datanya. Mereka ini bukan orang kebanyakan dan meraka ini gila sebenarnya. Password adalah sulit dan tidak seharusnya dikongsi2. Oleh itu, kita seharusnya menggunakan password yang panjangnya minimum 8 askara dan mengandungi pelbagai askara dari 1-8, Aa-Zz dan symbol2 /*-+ dan lain2 lagi. Cth : %O-b<_5*8g atau cJ3||Z={‘g

Amalkan 3 perkara ini.. InsyaAllah data anda selamat.  Bertemu kita kembali di post yg akan datang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.