Bodoh serta dungu. Tak sekolah atau memang tak pandai pikir. Mungkin juga tidak kenal diri sendiri. Patutlah kafir-kafir itu kata Islam adalah terror. Perkara yang tidak baik itulah akan dikenang orang sampai bila-bila. Perkara yang busuk itulah yang akan membayangi kita.
Tuhan larang kita runtuhkan rumah-rumah ibadat di kala perang, ini pula ketika aman dan damai. Yang jahat itu bukan Islam, Yang keji itu bukan Islam; Tetapi segelintir daripada penganutnya. Sungguhpun demikian, kerana nila setitik rusak susu sebelanga.
Cuba pikir perasaan kapir-kapir tersebut apabila rumah sembahyang mereka kena bakar. Cuba kita pula yang berada di tempat mereka. Dah tentu kita mengamuk. Perbuatan seperti ini langsung tidak membantu di dalam kemelut ini.