Pergilah bakar sampai jahanam… (reverse psy.)

Salam

Sesungguhnya merosakkan rumah2 ibadat orang2 kafir adalah haram dari segi agama dan salah dari segi undang2. Walau dengan niat yang baik sekalipun… haram adalah haram. So much to say… black is black and white can never be black. Sungguhpun tiadalah kita redha akan kemungkaran kafir2 itu, tidak halal untuk orang Islam membakar atau memusnahkan gereja, kuil atau apa jua bentuk bangunan untuk beribadat.

Allah berfirman di dalam surah Al-Hajj ayat 40 (pengertianya)…

“…Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah ibadat orang2 Yahudi dan masjid2 yang di dalamnya banyak di sebut Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)Nya…

Adapun pengertian daripada ayat ini adalah larangan meroboh dan merosakkan binaan gereja dan biara2 mereka.

Tidak kiralah siapapun yang yang menjadi dalang di sebalik hal ini. Orang Islam atau Kafir atau pihak yang sengaja mahu mencari pasal. Membakar gereja atau rumah ibadat agama lain adalah perbuatan yang tidak bijak dan tidak membawa sebarang makna.

Adapun kiranya yang membakar itu orang Islam. Hendaklah dikau bertaubat kerana anda telah melanggar hukum Allah. Dan pohonlah keampunan daripadaNya dan serahlah diri kepada pihak2 berwajib. Dan kiranya yang membakar itu bukan dari golongan kita, pikirlah apa yang telah anda lakukan.

Seluruh dunia sedang melihat Malaysia. Seluruh dunia memerhatikan Malaysia. Fikirlah kesan2 yang akan mendatang. Akibat daripada perkara ini, golongan2 Al-Kafir bisa membangunkan propoganda-propoganda memburukkan Islam. Walau pembakaran ini dilakukan oleh beberapa orang-orang yang buduh lagi bahalol, banyak idea jahat boleh dibangunkan oleh mereka untuk terus memburukkan Imej Islam.

Siapakah dalang di dalam perkara ini? Kalau benar ia dilakukan oleh orang Islam akibat daripada semangat Islam dan cintakan agama. Segeralah bertaubat kerna perbuatan anda dilarang agama. Sesungguhnya, perkara pembakaran ini tidak memberi sebarang keuntungan kepada golongan Islam. Menyusahkan lagi ada.

Pikir2lah sebelum bertindak. Tidak kira Islam atau bukan, pembakaran gereja adalah perbuatan dayus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.