Buang ayah tepi jalan???

Salam

Sungguh lama saya tidak membaca berita-berita di suratkhabar kerana terlalu sibuk dengan tugas2 hakiki dan tugas2 yang tidak berapa nak hakiki. Di tambah pula dengan berita-berita hangat di Surat Khabar Elektronik dan Bercetak yang sering kali diulang-ulang, sehingga berita dimuka 2,3 dan seterusnya menjadi lapik sayur di peti sejuk. Enjin Hilang lah, Gereja kena bakarlah dan macam2 lagi yang membosankan.

Alkisah terdengarlah saya akan suatu berita tentang seorang anak yang telah membuang ayahnya sendiri dek kerana tiada tertahan dengan bebelan isterinya itu. Sedayusnya manusia itu kerana membuang ayahnya sendiri dan menurut telunjuk isteri. Tiada terfikirkah akan dia bahawa perbuatannya itu akan diulangi Tuhan oleh anaknya pula.

Namun demikian tiadalah wajar untuk kita menyalahkan si anak itu secara total. Mungkin si ayah ini pernah membuat silap atau mungkin berkahwin lebih dari satu. Dan adalah menjadi norma manusia biasa untuk menjadi alpa dan lalai dengan tanggungjawab apabila beristeri lebih dari satu. Mungkin si anak hanya mahu membalas dendam kerana kekurangan kasih dan sayang seorang bapa satu masa dahulu. Ini semua permainan dunia.

Sungguhpun begitu, seberapa jahat ayahnya itu, seberapa tak senonoh ayahnya itu… ayah adalah tetap seorang ayah dan wajar dihormati dan dikasihi. Saya quote kata2 Rasulluhlah SAW mengenai hal ini

Abi Bakrah radhiallahu ‘anh berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali:

“Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?”

Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!”

Baginda menjelaskan: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.

Hadis riwayat Imam alBukhari di dalam Sahihnya

Hadith ini jelas menyatakan bahawa derhaka kepada ibu dan bapa adalah termasuk di dalam dosa2 yang besar. Sesungguhnya, Pakcik yg malang tadi tidak seharusnya dibuang sedemikian rupa. Wajarlah dihantar ke rumah orang2 tua kalau benar tidak larat atau takut kepada bini. Dengan membiarkannya merayau tanpa hala tuju, sekiranya terjadi apa2 yang buruk, sesal pun tiada gunanya.

Akhir kata… kepada ayah2 dan anak2 dan pembaca2 semua. haruslah kita mengambil pengajaran daripada kisah ini. Setiap yang berlaku itu ada kisahnya di belakang. Tersurat kita nampak dan tersirat pandai2lah kita mengupasnya. Akal diberi, logik pun ada. Gunakan semua itu untuk timbang dan tara.

2 thoughts on “Buang ayah tepi jalan???

  1. munmon January 19, 2010 / 1:24 PM

    Benar En. Rizal. benar. Bapa, sebusuk mana beliau haruslah dijaga dan wajar dihormati. Tindakan membuangnya di merata adalah satu perbuatan tak masuk akal. Sekurang2nya, hantar lah ke rumah orang2 tua.

  2. jefrydin January 19, 2010 / 11:14 AM

    walau sejahat mana pon seorang bapak,

    dia tetap bapak kita.. itu fact, no compromy…
    dia kafir ka? perompak besaq ka? apa ka? dia tetap bapak kita, kena respect.. kena prohatin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.