Aku terima nikahnya…

Salam

Maka genaplah sabulan 7 hari, aku menjadi suami orang. Kata orang tua2, bila hidup berteman, segalanya akan berubah. Kalau dahulu makan berseorangan, tidur berseorangan, belanja sana dan sini tiada kesudahannya. Pendek kata, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Namun, apabila sudah bergelar suami, segalanya berubah. Joli sana sini memang jangan diharapkan sangat. Tidak berpeluang langsung. Kalau dulu, boleh beli Blue-Ray, Video Game dan macam2 lagi… sekarang tidak lagi.

Tadi saya mendengar ulasan buku, Cool Mum Super Dad oleh penulisnya iaitu Jamilah Samian. Sungguh menarik program tersebut, kerana terdapat banyak tips2 dan kaedah2 pendidikan kanak-kanak, terutamanya yang lelaki. Menurutnya, anak lelaki akan mengalami 3 tahap pembesaran. Tahap pertama antara 0 bulan – 5 tahun tahap kedua 6-15 dan tahap ketiga ialah 16 tahun dan seterusnya. Pada tahap pertama ibu akan memainkan peranan yang penting di dalam pendidkan awal dan pembentukan moral. Ini tidak bermakna si ayah bisa lepas tangan. Cuma peratusan nilai2 yang akan terlekat pada si anak adalah lebih tinggi daripada ayah.

Tahap kedua adalah dimana, si anak akan belajar menjadi seorang lelaki. Segalanya baik dari stail sikat rambut, cara bercakap, gaya pemakaian akan menjadi ikutan si anak. Makna kata, ayah akan menjadi role model. Ini adalah tahap yang paling penting dimana segalanya terletak di tangan si ayah. Maka dengan itu, adalah penting untuk abu2 kepada anak lelaki memberi perhatian yang penting di tahap ini. Dan seterusnya adalah tahap ketiga iaitu proses menjadi manusia. Segala yang telah diterapkan di tahap pertama dan kedua akan menjadi ikutan dan pendiriannya. Kalau dahulu, orang2 tua suka memukul anak2nya untuk tujuan pengajaran. Namun pada masa kini, kaedah pukul mungkin tidak lagi effektif. Ini tidak pula bermakna, Mr. Rotan akan ditinggalkan terus. Ada masanya Rotan perlu digunakan. Cuma ianya haruslah digunakan apabila perlu atau hanya rotan adalah hukuman yang terbaik. Menurutnya, anak-anak menjadi nakal dan ferocious apabila terdapat element unmeet needs. Perhatian, kasih sayang dan macam2 lagi. Mereka menjadi nakal bukan kerana mereka suka dipukul atau dimarahi. Cuma mereka mahukan perhatian. Oeh itu wajarlah parents memberikan perhatian yang baik kepada anaknya.

Begitulah yang saya dengar tadi.

Apabila sudah bergelar suami ini, banyak yang perlu dipelajari. Orang perempuan ini, emosinya tidaklah selalu stabil. Hormon mereka berubah mengikut keadaan. Macam ada split personality walhal tidak. Umumnya seorang wanita itu, akan beremosi mengikut keadaan. Datang Bulan emonya lain macam. Sewaktu berbadan dua lain pula karekternya. Bila sudah melahirkan anak pun lain jadinya. Itulah cabaran2 yang bakal saya tempuhi.

Memahami hati seorang perempuan adalah seperti mencari jarum di dalam sekam. Dalam erti kata lain, ianya bukan perkara mudah dan proses memahami hati mereka tidak akan berakhir. Ianya adalah on-going process. Diberikan tuhan 1 lojik dan 9 emosi, wanita memang pelbagai peelnya.

Aku terima nikahnya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.