Salam dan Sejahtera
Semoga sekalian umat manusia berada di dalam keadaan yang sihat serta walafiat. Musim Bola seantero dunia bakal tiba dan bakal bermulalah detik-detik gelap di dalam hidupku. Malam hari akan disajikan dengan pekikan manusia dan sorakan penyokong. Tidak kira Ah Seng, Raju dan Ali, Bola adalah hak universal. Apa pula yang akan terjadi kalau Malaysia beraksi di Piala Dunia?
Judi Bola adalah halal di sisi undang2 Malaysia. Dan Tuan yang Terutama VT mempersoalkan kenapa Muslim-Muslim ini semua sibuk membantahnya. Justifikasinya, orang Islam tidak dibenarkan berjudi oleh kerajaan. (Tahi Judi tidak memperdulikan itu semua).
Anda silap!!! Bukan Muslim sahaja yang dok membantah, yang tak sembah tuhan Allah pon dok sibuk2 memaki hamun dan mempersoalkan keputusan kerajaan menghalalkan judi bola itu.
Apekah kebaikan yang dilihat oleh YB Timbalan Menteri Duit mengenai judi bola ini? Mungkinkah Judi Bola ini bisa menambah rizab negara yang berkurangan. Mungkinkah judi bola ini bisa mengurangkan salah laku dan jenayah judi? Atau mungkinkah judi bola ini memang menjana ekonomi negara? Disebalik persoalan ini, hanya Timbalan Menteri Duit sahaja yang tahu akan kebenarannya. Kita nak tanya dia, kita tak kuasa (sebenarnya tidak ada kuasa). Al-Maklum sajalah, rakyat biasa bukannya sesiapa.
Menghalalkan Judi Bola ini membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Ini adalah salah satu daripada tanda kiamat. Tidaklah perlu kita katakan yang mana satu. Pandailah korang menilai.
Aku nak pergi berjudi. Chow!