Salam Ramadan
Hari ini adalah Hari Wanita Sedunia (Malaysia – 25 Ogos 2010), dan telah masuk hari yang ke-15 umat Islam berpuasa. Dan tinggal 6 hari sebelum Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke-53. Oleh itu suka untuk saya mengucapkan selamat Hari Wanita dan Selamat Menyambut Kemerdekaan.
Tetapi, apakah itu Merdeka? Apakah cukup sekadar mentafsirkan Merdeka itu sebagai Bebas? Apakah merdeka itu berdiri dengan sendiri? Jika kita menghayati erti Merdeka itu, kita akan dapati bahawa… Merdeka itu membawa makna yang amat besar.
Jika semua berpendapat Merdeka itu adalah semata-mata bebas, tiadalah nilai sebuah kemerdekaan itu. Bebas daripada apa? Penjajah? Huh, kalau itulah makna Merdeka… Baik tak payah Merdeka langsung. Oleh itu, apakah itu pengertian Merdeka?
Ianya bukan sekadar bebas. Malah, Merdeka itu adalah sebuah kalimah yang besar maknanya. Jiwa yang merdeka adalah Jiwa yang suci. Jasad yang merdeka adalah jasad yang murni. Orang yang Merdeka mempunyai tanggungjawab sesuai dengan kemerdekaannya. Orang yang Merdeka adalah mereka yang Gembira dan Orang yang Merdeka ialah orang yang berani berkata tidak kepada sesuatu yang bathil.
Oleh itu… hayatilah dan nikmatilah kemerdekaan dengan penuh tawaduk dan kesederhanaan.
kalau org tengah pregnant plak, apabila sudah bersalin dan baby dilaherkan maka ianya satu kebebasan yang teramat nikmat serta diampunkan segala dosa oleh Tuhan Pencipta Alam…
yea. betol. kemerdekaan itu hanya bisa difahami oleh mereka yang benar2 sudah merdeka.
tapi masa aku tengah kat itm, bila lepaih exam tu, maknanya aku merdeka la sat, tapi belom merdeka abeh lagi kecuali bila dah dapat result periksa, baru la merdeka… yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
mana ada merdeka dari penjajah. kita sekarang sedang dijajah terhadap pemikiran kita. itu dikenali juga sebagai serangan minda… ingat tu… propaganda dari tempat org lain kepada kita.
selamat hari wanita juga kepada semua pompuan yang ada…
aku suka ayat terakhir hang tu… amroth, hang memang terer la.. aku tau tu