Sultan Kedah Murka??

Salam

Terbaca satu laporan dari BERNAMA dan saya quote:

Banjir: Sultan Kedah Dukacita Sumbangan Kerajaan Negeri Tidak Dihargai

ALOR SETAR, 14 Nov (Bernama) — Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah melahirkan rasa dukacita terhadap pihak-pihak yang tidak menghargai sumbangan serta pengorbanan kerajaan negeri dan semua pihak yang terlibat dalam membantu mangsa banjir di Kedah.

Baginda bertitah semua kakitangan jabatan negeri, persekutuan, badan-badan sukarela dan pihak-pihak lain didapati saling membantu dan bekerjasama tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan juga fahaman politik, yang menggambarkan kekukuhan semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Dan ada pula satu laporan dari blog si polan mana ntah, melaporkan Sultan Kedah Murka kepada PAS. Dan saya Quote juga:

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dukacita dengan nasib rakyat negeri itu yang dilanda banjir terburuk dalam sejarah Kedah dan meminta semua pihak mengetepikan fahaman politik bagi membantu mangsa menghadapi bencana itu.

Baginda berharap semua pihak termasuk kerajaan negeri, Kerajaan Pusat, korporat serta individu agar menyampaikan bantuan dalam apa jua bentuk bagi membantu meringankan beban mangsa.

Sultan Kedah juga berkenan menyerahkan sumbangan RM500,000 daripada kutipan zakat negeri Kedah dan bantuan peribadi RM100,000 kepada kerajaan negeri untuk dimanfaatkan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negeri.

Cuba tuan² dan puan² teliti laporan tuan yang empunya blog itu yang kununnya dipetik dari Utusan. Ada atau tidak statement yang menyatakan Sultan Kedah murka kepada kerajaan negeri atau secara tidak langsung kepada PAS.

Itulah yang dikatakan bodoh sombong atau bodoh seperti keldai. Tidak reti membaca atau tidak paham bacaan. Manusia memang suka bersikap sedemikian. Mencanang cerita dan ceriti untuk mengadu-domba antara masyarakat. Tidaklah saya menyokong PAS atau UMNO atau mana² parti politik. Tetapi inilah hakikatnya, memutarkan belit fakta dan mencaci sesama mereka. Manusia memang suka benda² seperti ini. Saya quote lagi:

Lepas ni harap orang Kedah sedar sedarkan lah diri. Tak ada gunanya sokong PAS sebab parti PAS hanya membawa malapetaka disetiap negeri yang mereka kuasai. Langsung tak ada keberkatan didalam pemerintahan PAS. Hanya bala dan musibah sahaja.

Apa DS Azizan buat sepanjang pemerintahan dia? Nak naikkan tarif air kan. Dan sekarang Allah s.w.t terus bagi air melimpah ruah. Cash terus atas dunia ni. Tu belum kira di akhirat lagi. Bawak bawaklah bertaubat.

Wah². Macam Tuhan pula boleh cakap tidak ada keberkatan menyokong PAS siap boleh dapat bala pula apabila menyokong PAS. Hahahaha. Totally phail la dia ni. Saya kira perenggan yang terakhir itu elok ditelan dan difahami sendiri oleh YB Tuan Empunya Blog tersebut. Seperti siri bercakap dengan chermin.

Siapa anda nak tentukan hukuman tuhan untuk siapa dan untuk apa. Lu bercakap macam lu ulamak. Hakikatnya lu sindri pun tak berapa nak betol. Funny la you!!!

4 thoughts on “Sultan Kedah Murka??

  1. legend December 2, 2010 / 9:19 AM

    hahahaha,

    apa dah jadi ni?

    Paper yang dok la ni memang suka memburuk-burukkan pihak yang nie… Biasa la, media kan dicontrol oleh seseorang, maka sultan murka pasai lain, paper dok putaq belit dok cherita yang lain plak…

  2. munmon November 15, 2010 / 10:11 AM

    Ala.. Depa semua neh, buat laporan macam depa ada di sana. Tapi hakikatnya, baca dari blog orang lain juga. Amik laporan ntah dari sapa² ntah. Macam ada di sana pula. Pi la tanya orang sana kalau nak tahu kisah benar. Sapa yang dok perlekehkan siapa.

    Kalau setakat baca dari akhbar, belakang buat laporan berdasarkan akhbar tersebut baik tak payah. Siap putar-belit fakta lagi. Podahhhhh!!!

  3. kill3x November 15, 2010 / 10:07 AM

    Ngeh ngeh ngeh. Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah melahirkan rasa dukacita terhadap pihak-pihak yang tidak menghargai sumbangan serta pengorbanan kerajaan negeri dan semua pihak yang terlibat dalam membantu mangsa banjir di Kedah.

    Dia marah kat PAS ke? Kan ke terang-terang Sultan dukacita tiada siapa hargai sumbangan kerajaan negeri.

  4. UnderDog November 15, 2010 / 10:04 AM

    malaysiaheaven? malaysiaheaven my ass!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.