Perempuan berhati gergasi…

Salam

Terkejut saya mendengar kisah Adik Nur Dania Qistina yang mati akibat didera oleh seorang Wanita yang gila dan tak berapa nak betul emosinya. Meninggal dunia dengan 73 kesan deraan yang berupa lebam dan luka. Hewan pun tiada melakukan aksi yang teruk seperti ini.

Tidak pernah pula kedengaran Sang Singa membunuh anaknya. Ada pula yang menjaga anak binatang yang berlainan spesis (See: Legadema : The Leopard). Apa punya jenis manusia ini? Nak kata berhati hewan pun dah tak berpa nak kena. At last, terpaksalah memburukkan nama Gergasi walau kita tahu, gergasi tidaklah sekejam Mak Tiri yang saiko ini.

Persoalannya, takkanlah si Bapa tidak tahu menahu akan kerakusan isterinya yang saiko mendera anaknya itu? Nak buat anak bukan sebuah kerja yang mudah walau sebenarnya prosesnya tidaklah serumit mana. Nak jaga isteri sarat 9 bulan lagilah payah. Belakang bila dah lahir, nak tahan dengan kerenah si anak bising tengan malam, meragam tanpa sebab dan pelbagai kepayahan menjaga bayi. Tau² mati kena dera dengan Perempuan Saiko iaitu Isterinya, merangkap Ibu Tiri kepada mangsa.

Betol merosakkan nama Ibu² Tiri yang lain. Walhal, bukan semua Mak Tiri itu jahat – dalam cerita mmglah jahat tetapi realitinya tidaklah begitu.

Tak perlu tangkap dan bicara – Keluar order: Shoot to Kill saja. Tidak ada guna simpan atau menjaga manusia yang tidak reti menilai nyawa.

p/s – High Overlord Varok Saurfang pasti tahu menjaga anak² Orc atau Human atau Dark Elves dan Elves dan spesis² lain dengan baik.

2 thoughts on “Perempuan berhati gergasi…

  1. abby January 12, 2011 / 2:09 PM

    mmg bongok tul….baby pnyer comel snggup dia dera….insane…

  2. legend January 13, 2011 / 9:30 AM

    itu gila namanya…

    kalau pukui kaki sikit-sikit tu biasalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.