Kenapa kita kena siasat berita!!!

Salam Sejahtera dan Semoga Allah memberkati anda semua. Semoga Allah memberikan hidayahNya kepada mereka yang lalai.

Saya quote:

PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya ternmpk MYVi PUtih No. Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut pjg atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828. Suspek telah melarikan seorang bayi berusia setahun yg ade didalam kereta ketika pemilik kereta menghantar ank ke nursery baru sebentar tadi di area Puchong…keprihatinan anda amat dihargai 🙂 ni berita benar…sila sebarkan…!

Mari kita kaji perkara-perkara yang bakal berlaku sekiranya orang terjumpa akan tuan kereta WUS 948 ini. Kita namakan tuan kereta WUS 948 ini sebagai Alimat.

Senario 1
Alimat sedang mengisi minyak. Tiba2 orang ramai datang pukul dia. Alimat pun tidak mengerti kenapa dia pukul. Siasat punya siasat… rupanya ada baruah yang dah buat cerita kelaka yang sundal pasal dia.

Senario 2
Ketika dipukul, tiba-tiba ada orang sudah hentak kepala dia dengan helmet. Terkapai-kapai mengeletar sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mati kerana fitnah si bodoh itu dan tukang-tukang post yang lain. Yea. Mereka juga terlibat secara tidak langsung.

Senario 3
Memang Alimat ada seorang anak dan isterinya bertudung. Akibat fitnah ini, ada pula yang merampas anaknya itu tadi dan menuduh Alimat dan Isterinya penculik bayi. Terpinga-pinga Alimat dan Isteri. Akibat daripada pemikiran mereka yang tidak reti nak menyiasat sesuatu berita itu, Alimat dan Isteri trauma dengan orang ramai.

Senario 4
Alimat dan Isteri sedang memandu dengan aman. Tiba-tiba ada beruk tahan keretanya dan pukul mereka berdua dan kemudiannya menyerahkan kepada polis. Tak pasal-pasal yang memukul pula kena tahan dengan polis dan Alimat menyaman kaki pukul itu.

Dan pelbagai senario yang boleh berlaku. Saya serahkan kepada pembaca semua untuk berfikir. Secara terang-terang Tuhan kamu semua… Allah berfirman di dalam surah Al-Hujurat – Ayat 6

Yang membawa maksud: O you who have believed, if there comes to you a disobedient one with information, investigate, lest you harm a people out of ignorance and become, over what you have done, regretful.

Atau tafsir Melayunya

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Fitnah memang bahaya. Dan fitnahlah yang menyebabkan kerosakkan terbesar di bumi Allah ini. Oleh itu… hindarkanlah diri kamu dari fitnah. Fikirlah sebelum post berita yang belum disahkan akan kebenarannya.

Ingat… Jangan jadi barua yang tak reti berfikir. Fikirlah seperti manusia… Bukannya haiwan.

6 thoughts on “Kenapa kita kena siasat berita!!!

  1. fk January 29, 2011 / 2:39 PM

    bro..ape yg u cakap smua betul,tp u fikir one side je..how bout kalau bite tu betul pulak?

    so dlm kes kes yg xpasti mcmni…kite perlu ambil sikap yg mane paling kurang risk dia..

    so mende2 mcm ni, ada pro n con dr both side..xbole nk salah kan org yg percaya(coz kite xtahu betul atau tidak)..

    tp nak tlg secepat mgkin..kalau nk tggu siasat sahih ke tidak, alamatnya, xsempat lgsung nk buat ape2 (if real thing)

    cool bro

  2. fizo January 28, 2011 / 8:51 PM

    nak menasihat org, tp guna ayat x senonoh. pggil org mcm2… dua kali lima jer… org yg g post and repost statement atas skali tu cuma concern je. kl pon apa dorg buat tu slh, xyah la guna ayat mcm ko tulis ni nak g tegur dorg.. huk ala…

    • munmon January 29, 2011 / 9:28 AM

      Saya bukan nasihat. Saya mengutuk. Sebab di dunia ini, terdapat ramai orang² bodoh yang suka percaya sesuatu tanpa usul periksa. Kalau terasa… saya minta maaf. Tapi hakikatnya… org² yang suka percaya akan berita tanpa usul periksalah punca kerosakkan sebenarnya.

  3. munmon January 29, 2011 / 2:50 PM

    kalau orang kata… si polan telah merogol seorang gadis bawah umur… lalu di post kan cerita itu di facebook, twitter dan segala jenis social network yang lain…

    “Jika ternampak pemandu kereta DC-01-01-01, sila tahan sebab dia dah merogol seorang budak bawah umur”

    Agak² tuan, apa akan jadi kepada pemandu DC-01-01-01 kalau ada orang yang cepat tangan? Kebenarannya masih belum dibutikan. Mungkin ada orang dengki atau saje² nak buat lawak bangsat macam tu.

  4. legend February 8, 2011 / 4:14 PM

    ini jadi kes naya…

  5. fk February 11, 2011 / 3:20 PM

    nah..baca la harian metro hari ni di ruangan mahkamah syariah nilaikan..ia bukan sms palsu ok..

    mmmm…tgk dlm metro ada kisah si ayah yg sms anaknye kena culik dek myvi putih WSU*** beberapa minggu lepas…ia bukanlah sms palsu, tetapi si ayah xtahu bahawa biniknya (baru pas bercerai selepas berita sensasi itu) yang ambil anak diorg…tp as ayah, betul la tindakan pantas dia tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.