Salam
Hari ini adalah Hari Sambutan Hari Ibu bagi Malaysia. Oleh itu saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu kepada seluruh Ibu-Ibu di Malaysia dan juga bakal-bakal ibu.
Akan tetapi terdapat juga minda-minda jumud yang telah mengharamkan sambutan hari ibu atas alasan ianya bukan islamik. Saya bukannya seorang ustaz dan juga yang haq untuk menghalalkan atau mengharamkan sesuatu. Namun sudah menjadi kebiasaan saya untuk bertanya jika tidak tahu, selidik jika kurang pasti dan melawan jika salah. Setahu saya, selagi sambutan itu tidak melibatkan upacara keagamaan, ganggu akidah dan campur-gaul yang bebas, ianya adalah harus.
Kalaulah atas sebab ini:
One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.
Terus nak diharamkan Sambutan Hari Ibu. Macam mana pula dengan Sambutan Hari Lahir, Sambutan Kemerdekaan, Sambutan Hari Malaysia, Sambutan Hari Pekerja dan bermacam-macam sambutan yang baik-baik yang berasal dari sana. Yang sudah sedia maklum haram seperti Valentine’s Day – tidak apalah – sebab mmg haram.
Siap quote Hadis Nabi lagi…
Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih – diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]
Itulah yang terjadi kalau pandai-pandai nak buat hukum. Hanya mereka yang Haq atau ada ilmu hadis dan quran bisa menguraikan pengertian hadis ini.
Haruslah kita ingat bahawa bukan semua yang berasal dari kaum kafir itu tidak elok dan buruk. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah meminta para tawanan Perang Badar untuk mengajar umat Islam membaca dan menulis. Menggunakan strategi perang dari bangsa lain. So macam mana… masih nak haramkah?
Setahu saya, seperti yang telah diberitahu oleh guru-guru saya – hadis tersebut merujuk kepada sambutan keagamaan seperti Hari Natal, Hannukah atau Easter.
Oleh itu berdasarkan kata-kata dari Jabatan Mufti di dalam GARIS PANDUAN SAMBUTAN HARI BAPA, IBU, KEKASIH DAN YANG SEUMPAMANYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM, meraikan Mother’s Day adalah harus. Selagi mana ia:
- Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir.
- Sambutan yang baik adalah dengan cara mengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah.
- Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah.
- Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat.
- Setiap ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga.
- Setiap ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa agar ahli keluarga merasa selamat, dihargai dan dihormati dalam usaha melahirkan insan syumul.
- Setiap ibu bapa perlu prihatin dan memainkan peranan bersama untuk membabitkan diri dalam membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat, melalui program amar makruf nahi mungkar bagi melindungi ahli keluarga daripada terjebak.
- Setiap ibu bapa perlu memperingatkan dirinya perihal pentingnya peranan mereka dalam menyemaikan nilai-nilai etika dan spiritual yang tinggi dalam kalangan ahli keluarga mereka.
- Setiap ibu bapa mestilah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) bagi menyediakan anak-anak mereka untuk lebih berupaya menghadapi cabaran masa kini.
- Didikan agama yang sempurna adalah satu faktor perlindungan (protective factor) yang mampu menyelamatkan manusia dari terjebak ke dalam perbuatan keji yang hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Apabila pegangan serta keutamaan tidak lagi berkisarkan kepada tunjang agama yang kukuh, dengan mudah sahaja seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.
Pikir-pikir sebelum letak hukum. Jangan jadi jumud
Buatlah suatu yang baik dan bermanfaat bagi kedua ibu-bapa kita. doakanlah depa selagi kita bernyawa…