Kalau makan roti kering… kadang² terasa macam seorang Hobbit. Hmmmm Sedap.
munmonlisme
Sara dan Adam Sengih
Awat depa senyum… mesti ada udang di balik batu.
Sara dan Adam dan iPad
Adam sedang menonton Pocoyo sambil diperhatikan oleh kekandanya.
Xbox LIVE Rewards… Saya Champion
Wahahaha. Saya seorang Champion. Tahun depan mungkin akan jadi Legend. I am Legend.
Adam aksi Ultraman
Abdullah Sahat
Tengah dok browse sana dan sini sambil menunggu kain siap cuci. Terjumpa pula gambar atok saya.
Image Source : APANAMA
Sara dan Adam
Ini budak² mempunyai sedikit sebanyak perwatakan kami berdua. Dari style tidur sampailah ke bilik air. Orang tengok mesti tahu bahawa mereka adalah anak² Munawar. Mengadanya, merajuknya, korek hidung, banyak cakap dan macam2 lagi. Nak marah pon ada, tapi nak buat macam mana, dah budak² memang macam tuh. Kenakalan persis bapanya (kata orang² yang pernah menjaga saya), roda dunia pusing balik pulang kembali kepada saya. Nah rasakan Munawar, dahulu hang Champion, la hang mangsa buli anak².
Terima kasih ya-Rahman. Bersyukur akan aku ke-atas anugerah Mu ini.
Meja Makan untuk Champion
Ini memang favourite spot saya di Prima Seri Gombak.
Jangan tukar!!!
Jangan tukar ok!!!
3 dekad 3 tahun
Sejahtera Dalam kesibukan meneruskan kehidupan disamping anak² dan isteri tersayang, rupa²nya dah lebih 3 dekad aku bernyawa. Macam² benda yang dipelajari dan pelbagai dugaan dan cabaran sudah ditempuhi. Yang pahit dan yang manis semuanya sudah berlalu. Dari hidup bujang dan menjadi seorang suami serta seorang bapa, semuanya berlalu dengan cepat sekali.
Benarlah Firman Allah SWT di dalam Surah Al-‘Asr
103:1 – Demi Masa!
103:2 – Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
103:3 – Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Masa tidak menunggu kita walau barang sesat. Anda lambat anda rugi. Bukan macam Bini tunggu laki dia siap atau sebaliknya. Yang itu kita boleh rilek². Kerugian senantiasa berada dipihak kita jika kiranya kita tidak mengambil manfaat dari masa yang kita ada.
Dahulu ada macam² perkara nak buat. Cikgu tanya nak jadi apa bila dah besar. Macam² jawapan terbit. Kalau saya dah besar saya nak buat itu, saya nak buat ini. Saya nak jadi itu dan saya nak jadi ini. Tapi itu semua adalah angan² waktu kecil. Realitinya tidak semudah itu. Masa adalah kekangan manusia numero uno. Setiap pilihan hendaklah dibuat secara berhati².
Oleh itu, kenang²lah kata² Nabi Junjungan kita semua:
Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
- Masa sihat sebelum sakit
- Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin)
- Masa lapang sebelum tiba masa sibuk
- Masa muda sebelum datang masa tua, dan
- Masa hidup sebelum tiba masa mati.
Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi
Maka dengan ini… makin tua lah diri ini dan masih banyak lagi yang harus dilakukan. InsyaAllah.