Saya Cuti ini hari

Di pagi yang indah sesudah menunaikan segala kewajiban saya pun bersiap hendak ke tempat kerja. Akan tetapi… tiba² saya terasa dungu sekejap. Aku cuti rupanya ini hari. Hahhahaha.

Tapi cuti sebagai seorang suami… bukanlah bermakna saya boleh buka Xbox dan terus bermain sampai malam. Mesti mau tau ambil hati Isteri. Oleh itu pada hari ini saya akan:

  1. Sapu Rumah
  2. Cuci Lantai Porch
  3. Angkat kain
  4. Jemur Kain
  5. Kemas tempat tidur

Buat masa ini, kain sedang dicuci, oleh itu, boleh lepak2 man Facebook sekejap.

Sekian

Update: Ok Dear. Dah Siap.

Argument list too long

Any of you encountered “Argument list too long” problem when trying to mass delete files in a folder? Today I want to erase more than a million files in a folder. So I ran “rm -rf *.jpg” and the “Argument list too long” error was returned. What the hell???

So I quickly google this Argument bla bla bla thinggy.

This is what I understand so far:

The reason for this annoyance is that Linux kernel has a limitation of bytes it can process through as arguments in exec() commands. [http://netweblogic.com/linux/linux-commands-argument-list-too-long/]

The system could not handle the number of arguments given to a command or program when it combined those arguments with the environment’s exported shell variables. The argument list limit is the size of the argument list plus the size of the environment’s exported shell variables.

The easiest solution is to reduce the size of the parent process environment by unsetting extraneous environment variables. (See the man page for the shell you’re using to find out how to list and change your environment variables.) Then run the program again.

An argument list longer than ARG_MAX bytes was presented to a member of the exec() family of system calls.

Moral of the story: Everythings has its own limitation. 😉

How to solve this?

According to Alessandre S. Naro in “Argument list too long”: Beyond Arguments and Limitations, he points out 4 ways to overcome this problem.

Method #1: Manually split the command line arguments into smaller bunches.
Method #2: Use the find command.
Method #3: Create a function. and
Method #4: Recompile the Linux kernel.

So I choose method #2. Easier and faster. You can run this in single command. Example:

find /opt/library/images/bookcovers_tiny/ -name ‘*.jpg’ -print0 | xargs -0 rm -f

Done. All files deleted. Yeay!!

 

Mama sudah tiada…

Baru sahaja melewati umur 32 tahun, tanggal 24 Disember 2011 adalah tarikh yang sungguh istimewa. Dilahirkan oleh ibuku 32 tahun yang lalu. Iya hanya beberapa jam sebelum Hari Natal. Tidak penting pun kerana bukan perayaanku dan agamaku. Lebih baik aku sambut hari lahirku daripada sibuk merayakan hari Natal. 4 hari kemudian… 28 Disember 2011 adalah hari yang paling sedih, hari ibuku menyambut seruan Ilahi. Tanpa kata, tanpa bunyi dan tanpa erangan, ibuku pergi…. selamanya. Tidak akan kembali lagi. Yang tinggal hanyalah kenangan dan bayangan wajahnya.

Iyalah, mana ada manusia dimuka bumi Allah ini yang bisa menahan kesedihan apabila kehilangan orang yang paling dikasihi. Mungkin di dalam seminggu-dua ini, saya sedikit sensitif. Tahu-tahu je ada air mata yang mengalir. Paling sedih apabila melihat akan katil dimana mama baring sewaktu dia masih hidup. Almari menyimpan perkakasnya yang baru sahaja dibeli oleh isteriku untuknya, bilik air yang direnovate khusus untuk ibuku.

Selama mana dia mahu tinggal dirumahku pun aku tak kisah. Tinggallah selagi mahu. Malangnya… tempoh ibuku tinggal bersamaku hanya dua hari. Sungguh singkat tetapi sangat bermakna.

Oleh itu, pada mereka yang masih mempunyai ibu… sayangilah dan berbakitlah selagi sempat. Menerima berita kematian insan yang dipanggil ibu sangatlah pedih dan tidak tertanggung oleh mana-mana insan (pada pandangan saya).

Sosej Ramli Burger dan Babi

Kecoh baru-baru ini, dikhabarkan oleh yang empunya cerita bahawa produk sosej Ramli Burger mengandungi babi. Yang mempunyai akal panjang pasti menolak dakwaan ini secara bulat-bulat. Namun, berapa ramaikah manusia yang mempunyai akal yang panjang ini? Pasti akan termakan fitnah yang keji dan jelik ini.

Ramli Burger adalah produk Melayu, Muslim dan pastinya Halal. Tidak sanggup rasanya Ramli dan Keluarga berhadapan dengan Allah di akhirat nanti. Oleh itu, haruslah kita berfikir dengan bijak dan panjang mengenai perkara ini. Dengan ini, saya menolak dakwaan karut ini.

Cyanogenmod 7.1 untuk HTC Desire Z

Puan isteri selalu komplen bahawa HTC Desire Z nya selalu Force Close sana sini dan hang sana sini. Mungkin Stock ROM Gingerbreadnya tak berapa betul atau banyak masalah. Biasalah, bug la kot.

Maka saya kata kepadanya… buang je Stock ROM tuh, install Custom Rom : CyanogenMod 7.1. Pedulikan waranty dan semua perkara yang menjengkelkan itu. Buat dengan betul InsyaAllah akan berjaya. Kalau brick… belila baru. huhuhu.

Maka disini saya akan bercerita caranya untuk install CyanogenMod 7.1 pada HTC yang memang sangat merumitkan.

Perkara pokok yang kita kena tahu adalah

  1. Current Stock ROM tak boleh di root
  2. Wajib tukar S-On kepada S-Off

OTA (Over the Air) Update HTC yang terbaru telah menyebabkan setiap Device HTC di aktifkan kan sekuritynya (S-On), di mana ianya telah menyebabkan sebarang usaha untuk root, install custom rom dan sebagainya menjadi rumit. Di tambah lagi dengan carrier lock. Leceh sungguh perjalanan ke CyanogenMod 7.1 untuk pengguna HP HTC.

1. Current Stock ROM tak boleh di root
Seperti yang kita sedia maklum, tiada sebarang jalan untuk dapatkan root access dan S-Off dengan Stock ROM yang terkini. Melainkan dengan cara donwgrade ke ROM yang terdahulu iaitu Froyo version 1.34.405.5. Mana² software HTC yang mempunyai version no. lebih dari 1.34.405.5 haruslah di downgradekan untuk mencapai root access dan S-Off.

2. Tukar S-On kepada S-Off
Entah apa tujuan HTC menyusahkan pengguna² Telefon HTC dengan mengaktifkan Security yang ini, tidaklah hamba dapat menjawabnya. Apa yang wajib kita ketahui adalah kita harus tukar S-on ke S-Off untuk downgrade ke ROM yang boleh dieksploit.

Tools yang wajib ada pada kita adalah:

  1. Android SDK
  2. Java Development Kit (JDK)
  3. Hati yang cekal
  4. dan keberanian untuk mencuba

Untuk mengetahui cara² install Android SDK, sila lawati laman ini : http://wiki.cyanogenmod.com/wiki/Howto:_Install_the_Android_SDK

Setelah itu kita boleh teruskan usaha kita untuk perkara berikutnya: Downgrade ke Exploitable ROM. Baca dan follow satu persatu arahan dengan betul. Sila fahami dgn betul: http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1178912

Seterusnya kita akan Root dan tukar S-On ke S-Off : Follow link ini: http://wiki.cyanogenmod.com/wiki/HTC_Desire_Z:_Rooting

Bila dah selesai… Ikut suka lah nak install ROM apa pun. Tapi untuk perkara ini, kita akan install Cyanogen 7.1. Ikut laman ini : http://wiki.cyanogenmod.com/wiki/HTC_Vision:_CyanogenMod

Selesai. Dan Selamat Maju jaya

Muat turun komik Tintin

Anda kenal Tintin, seorang wartawan yang suka menyiasat? Filemnya akan ditayangkan tidak lama lagi. Saya ada terjumpa link untuk memuat turun komik Tintin, hasil karya mendiang Hergé, Georges Rémi (1907–1983).

[img_assist|nid=2019|title=|desc=|link=node|align=none|width=500|height=364]

 Sila ke laman ini untuk muat-turun Komik² Tintin (http://officialtintin.blogspot.com/)

 

  1. Source Image : Tintin from “http://thunderlizard.tripod.com/tintin.html” Retrieved Nov 18, 2011.

Convert to UPPERCASE : MySQL

Baru-baru ini, sebelum saya tulis code untuk menukarkan sebarang field “Full name” kepada huruf besar, terdapat beribu entri yang dimasukkan sebelum ini yang bercampur-campur hurufnya. Ada kecil semua, ada besar semua dan ada juga yang berbentuk hybrid. Oleh itu, untuk menukar kesemuanya ke HURUF BESAR, kita boleh gunakan function yang sedia ada, iaitu:

UPDATE table_name SET `column_name` = UPPER( `column_name` )

Mudah kan?

Sumber: http://dev.mysql.com/doc/refman/5.0/en/string-functions.html#function_upper

Anak adalah permata hati…

Di hari Jumaat yang indah ini, saya mendengar khutbah yang bercerita tentang anugerah Allah kepada hambaNya iaitu anak. Katanya (khatib), berapa ramai yang meminta² tapi masih belum berjaya dan yang berjaya walau tidak pernah meminta.

Senang sahaja dibaling bayi itu ke bawah rumah tanpa berfikir panjang. Pastinya ada rasa bersalah di dalam hati si ibu yang membaling anaknya, tetapi kerana takut atau tidak mahu membela anak tersebut, maka melayanglah anak tersebut dari tempat tinggi dan bersepai di lantai. (Bukan isi khutbah)

Cukup tragis dan cukup kejam kejadian tersebut. Sesudah sedap dan seronok melayan nafsu, termengandung pula. Takut pula nak bertanggungjawab. Bukan salah perempuan sahaja. Tidak wajar begitu. Kekhilafan mereka adalah hak bersama. Kita, media, ibu dan bapa, jiran, pegawai agama dan sesiapa sahaja. Perempuan tidak akan bersenggama tanpa pujuk rayu, puji-pujian dan kata² yang manis dari pihak lelaki. Lelaki tidak akan berusaha untuk meratah perempuan jika tidak di beri peluang atau dorongan. Dorongan dari media, dorongan dari hati yang hijau dan juga dorongan dari yang tiada kita nampak (Baca: Musuh No.1 Manusia). Oleh itu, jangan pandai tunding jari sahaja.

Anak adalah permata hati… hatta adalah menjadi tanggungjawab untuk kita membentuknya. Jahat kita…. maka jahatlah dia. Wajib untuk kita memberi didikan tentang ilmu dunia dan akhirat agar sejahtera kehidupannya. Mimbar Jumaat tadi ada berbicara tentang layanan kepada anak cara Rasulullah.

Mimbar berkata… Rasulullah saw. membahagikan cara mendidik anak kepada 4 peringkat asas iaitu:

  1. Sebelum usia 7 tahun,
  2. Antara 7 – 14 tahun dan
  3. Antara 14 – 21 tahun
  4. Selepas 21 tahun

Usia sebelum 7 tahun
Ketika ini Rasulullah menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi serta menyintai mereka tanpa batas. Orang tua² memberi perumpamaan memberi kasih tidak bertepi dan sayang tidak berbatas. Makna kata, kasih dan sayang yang bersifat infiniti. Ketika ini manjakanlah mereka semanja yang boleh.

Ketika berumur 7 -14 tahun
Pada waktu ini, anak-anak akan mula belajar dari persekitarannya. Belajar dari sumber terdekatnya iaitu ibu dan bapanya. Bapa borek anak rintik. Begitulah maksud peribahasa lama itu. Ini adalah waktu yang paling penting untuk kita menanamkan sifat² terpuji dan disiplin kepada anak-anak seperti yang diberitahu oleh Rasullulah.

Sabdanya:

“Suruhlah anak kamu mengerjakan sembahyang apabila berumur 7 tahun, dan pukul lah mereka (jika mereka enggan) apabila berumur 10 tahun, dan asingkan tempat tidur mereka”

HR Ahmad & Abu Daud

Pada waktu ini, pembentukan sahsiah adalah sangat sesuai. Pada ketika inilah segala kebaikan dan kebobrokan ayau serta ibu akan mempengaruhi pembentukan sahsiah mereka. Pepatah Arab menyebut mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu, mendidik ketika anak dewasa umpama mengukir di atas air. Orang tua² ada berkata, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Oleh itu ibu bapa hendaklah:

  1. Menanamkan asas-asas keimanan
  2. Berlaku adil terhadap anak-anak dalam memberi kasih sayang, pendidikan, makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
  3. Mengasuh anak-anak dengan lemah lembut dan bersopan santun.
  4. Mempamerkan akhlak yang mulia dan terpuji.
  5. Mengampuni dan mengasihi anak-anak dan lain-lain ahli keluarga dengan penuh kasih dan sayang.
  6. Mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai Allah SWT.
  7. Menunjukkan teladan yang baik pada anak-anak.
  8. Bertanggungjawab mencipta sebuah rumahtangga yang aman bahagia untuk didiami oleh anak-anak.
  9. Bertanggungjawab memastikan anak-anak dijaga dengan baik.
  10. Bertanggungjawab memberi pendidikan dan pelajaran yang berguna dan menghantar mereka ke sekolah-sekolah.
  11. Mengajar anak-anak mengerjakan sembahyang, mengaji al-Quran dan melatih anak-anak berpuasa.
  12. Mengajar anak-anak dengan ilmu yang dapat menjadi perangsang bagi memperkayakan ilmu Islamnya.

Ketika berumur 14 -21 tahun
Jika peringkat sebelumnya kita layan anak dengan penekanan disiplin yang agak keras dan tanpa kompromi, pada peringkat ini hendaklah kita berlaku rasional kepada mereka. Ini adalah peringkat remaja dimana mereka semua akan memberontak jika dimarahi dan dipukul. jadikanlah mereka sahabat untuk dibawa berbincang tentang masalah dan hobi mereka. Remaja harus diberi pengenalan tentang ilmu islam seperti syariah, aqidah dan fekah secara terperinci.

Dewasa ini, ibu dan bapa menyerahkan secara bulat-bulat tanggungjawab mereka ke sekolah. Ini adalah satu kesilapan yang besar. Sekolah tidak dapat mengajar mereka tentang tanggungjawab dan nilai² bersama. Ibu dan bapalah yang paling dekat dengan mereka untuk mengajarkan nilai yang baik kepada mereka.

Peringkat remaja adalah yang paling penting sekali kerana inilah ketikanya mereka membentuk jatidiri dan sahsiah mereka. Baik dan buruk mereka ditentukan pada waktu ini.

21 tahun ke atas
Nantilah saya update… Malas nak pikir

 

Sumber : Pendidikan Anak dalam Islam oleh Syaikh Y?suf Muhammad al-Hasan

Bangga mempunyai kau sebagai rakyat Malaysia

Sejahtera

Rata² media dan massa di Malaysia bercerita tentang politik, Akademi Fantasia dan beberapa kisah² yang “kununnya” membanggakan. Tetapi, hakikatnya… tidaklah begitu membanggakan. Apa ada dengan kehebatan bernyanyi sambil berdansa di kaca tv sambil “membantu” orang² lain sms kepada anda.

Tidaklah hebat jika hendak dibandingkan dengan seorang anak Malaysia berbangsa Melayu apabila dilantik menjadi “fellow” dan juga sebagai pensyarah di sebuah Uni. terkemuka di seantero dunia (Baca: Oxford). Ini baru dipanggil sebagai kehebatan yang optimum.

[img_assist|nid=1458|title=|desc=|link=node|align=none|width=500|height=333]

Dr Muhammad Afifi al-Akiti atau Sheikh Afifi adalah ahli teologi dan falsafah yang arif di dalam Dunia Islam telah dilantik sebagai pensyarah di Universiti Oxford yang sangat berprestij itu. ->> More info here.

Diceritakan kepada saya bahawa beliau bisa berbahasa dengan 7 bahasa iaitu

  • Melayu
  • Inggeris
  • Arab
  • German (bukan yg di New Kasel tuh!!)
  • Perancis
  • Yunani (Aristotle suka neh)
  • Latin (Bahasa Kitab Injil)

Sungguh mengkagumkan dan membanggakan. Oleh itu marilah kita semua berusaha untukmenjadi lebih baik daripada sekarang.

Image From : http://www.emel.com/article?id=65&a_id=1737