Android user… 1st month

Good evening. It has been a while. My internet in the office is currently not available. Hence the time to post a blog… Using this qwerty kb in android or any other similar devices is a real pain in the ass. Too small for me big fingers. I guess I will need to have some training to get me familiarized with this on-screen kb. Eh… The Internet has returned. Yeahaaa

Warden Saiko…

Terbaca berita tentang Warden yang mempunyai hati dubuk. Memukul Budak Sekolah (Darjah 1) sehingga menemui ajal. Apa gila warden ni, memukul anak kecil itu sehingga mati… Dengar cerita kerana mangsa tidak mahu mengaku mencuri. Sungguhpun begitu, bukankah itu sudah melampaui batas… memukul sehingga mati.

Polis kata nak dakwa dia mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. Tapi saya rasa… dan pastinya kebanyakan masyarakat Malaysia bersetuju kiranya bangsat ini di dakwa dibawah Akta 302 (Hukuman Mati Mandatori).

Siap ikat mangsa dan paksa mengaku kesalahan. Polis pun tak sekejam itu (Itu pun dengar² cerita tentang polis seksa suspek supaya ngaku kesalahan… ntah betol ke tidak). Mangsa seorang anak yatim… umur 7 tahun… takde otak punya warden.

Susu satu Tangki rosak disebabkan nila secawan… betol punya jahat la Warden neh.

Komputerku @ Dewa Jingga rosak

Salam

Hari ini merupakan hari yang tidak best. Dewa Jingga sudah tidak bernyawa lagi. Macam2 dugaan yang muncul tiba. Tayar pancit, gas habis, sara meragam dan yang paling unggul sekali ialah Dewa Jingga bertukar menjadi tukun.

Ini merupakan perkara yang memang tak seronok. Munmon tanpa pcnya adalah seumpama seekor hamster tanpa roda lariannya. Nasib baik ada android… Tapi masih tidak gah dan tidak memadai untuk melakukan tugas2 hakiki.

Apa barang browse lifehacker guna mobile device. Tak seronok main cityville dgn screen kecik [at least playable la kan dari aipon :-P]. Terbantut semua aktiviti harian pada hari ini. Mungkin masanya telah tiba untuk sesuatu yang baharu ;-). Tapi… Mana mungkin…

Saya nak jemur kain. Mungkin ini adalah petunjuk dariNya…