Mari kita berjudi. Adapun judi itu adalah “HALAL”

Salam dan Sejahtera

Semoga sekalian umat manusia berada di dalam keadaan yang sihat serta walafiat. Musim Bola seantero dunia bakal tiba dan bakal bermulalah detik-detik gelap di dalam hidupku. Malam hari akan disajikan dengan pekikan manusia dan sorakan penyokong. Tidak kira Ah Seng, Raju dan Ali, Bola adalah hak universal. Apa pula yang akan terjadi kalau Malaysia beraksi di Piala Dunia?

Judi Bola adalah halal di sisi undang2 Malaysia. Dan Tuan yang Terutama VT mempersoalkan kenapa Muslim-Muslim ini semua sibuk membantahnya. Justifikasinya, orang Islam tidak dibenarkan berjudi oleh kerajaan. (Tahi Judi tidak memperdulikan itu semua).

Anda silap!!! Bukan Muslim sahaja yang dok membantah, yang tak sembah tuhan Allah pon dok sibuk2 memaki hamun dan mempersoalkan keputusan kerajaan menghalalkan judi bola itu.

Apekah kebaikan yang dilihat oleh YB Timbalan Menteri Duit mengenai judi bola ini? Mungkinkah Judi Bola ini bisa menambah rizab negara yang berkurangan. Mungkinkah judi bola ini bisa mengurangkan salah laku dan jenayah judi? Atau mungkinkah judi bola ini memang menjana ekonomi negara? Disebalik persoalan ini, hanya Timbalan Menteri Duit sahaja yang tahu akan kebenarannya. Kita nak tanya dia, kita tak kuasa (sebenarnya tidak ada kuasa). Al-Maklum sajalah, rakyat biasa bukannya sesiapa.

Menghalalkan Judi Bola ini membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Ini adalah salah satu daripada tanda kiamat. Tidaklah perlu kita katakan yang mana satu. Pandailah korang menilai.

Aku nak pergi berjudi. Chow!

Selamat Hari Guru

Salam dan Sejahtera Kepada Semua

Sempena Hari Guru yang bakal tiba 16-Mei ini. Saya dengan penuh rasa hormat, mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru2, terutamanya yang telah mengajar dan mendidik serta membimbing saya. Jasa anda semua tidak akan dilupai. (terharu waktu menulis ini)

Sekali menjadi guru orang akan kenang sampai bila-bila. Tidak kiralah garang, baik atau lemah lembut. Guru adalah umpama penyuluh kehidupan. Tanpa mereka siapalah saya pada hari ini.

Tidak ada satu pun manusia yang bisa mengetahui tentang sesuatu perkara tanpa guru. Pembelajaran itu haruslah datang dari guru atau mungkin jika seseorang itu adalah insan yang terpilih maka, Allah lah gurunya. Maka, barang siapa yang belajar tanpa guru, Iblis lah gurunya. :). Jangan nak eksyen2, belajar tanpa guru adalah menyesatkan.

Imam Syafie pula pernah menyatakan, “sesiapa yang tafaqquh dari perut kitab, maka dia telah kehilangan hukum-hakam”. Para ulamak juga menyebutkan, “antara kebodohan terbesar, adalah menjadikan helaian-helaian sebagai syaikh”.

Maka dengan itu, haruslah kita berguru. Dan hormatilah guru anda tanpa mengira warna kulit atau kaler rambut. Tanpa mereka, anda tidak akan menjadi orang pada hari ini.

Virus ke? False alarm kot!!!

Salam Sejahtera

Semenjak kembali ke Windows 7 ini, saya terpaksa berhati-hati ketika membuka file atau program yang dimuat-turun dari internet. Dahulu, semasa menggunakan Ubuntu, saya senyum sahaja. Sayang bini punya pasal, Windows pun… Windows la. Tapi itu tidak bermakna saya akan terus meninggalkan dunia Linux. Ini kerana, Linux adalah keperluan asas untuk saya, terutamanya di pejabat.

Apabila menggunakan Windows, adalah wajib untuk install perisian Anti-Virus. Tidak kira, sehebat manapun kita, anti-virus adalah keperluan wajib untuk pengguna Windows. Kerana yang hebat selalu alpa dan lalai apatah lagi yang biasa2 sahaja. Virus, bergantung kepada jenisnya mampu membotakkan kepala anda dan menyusahkan kehidupan anda seharian.

Oleh itu, sebelum terkena, haruslah kita beringat. Anti-Virus pun ada baik dan buruknya. Terlampau sensitif menyakitkan hati, terlampau pasif membahayakan kehidupan. Hmmm. Seksa beb. Siapala si Dungu yang cipta virus neh? Baru-baru ini, sebuah update untuk McAffee telah menyebabkan Windows untuk reboot secara loop. Mari kita lihat apa yang berlaku:

<?php
$variable1 = “restart computer”;
$variable2 = reboot($variable1);
do {
echo “{$boot[‘boot’]} <br />”;} while ($boot= mysql_fetch_assoc($reboot));
?>

Rupanya virus definition McAffee telah identify svchost.exe sebagai virus dan didelete dari komputer. Jahanam!!! Engadget melaporkan:

“DAT update 5958 deletes the svchost.exe file, which then triggers a false-positive in McAfee itself and sets off a chain of uncontrolled restarts and loss of networking functionality.”

So amacam sekarang? File sudah di download. Nak run ke tidak?

Nasib baik ada satu application seperti VirusTotal yang boleh tolong tengokkan file tersebut. Kita uploadkan file tersebut dan VirusTotal akan bandingkan dengan beberapa antivirus yang terkenal. Kadang-kadang hanya satu daripada 40 antivirus yang mengesan file tersebut adalah virus… Ini maknanya.. bukan virus la.

Oleh itu pandai2lah kita menggunakan akal kita serta naluri kita untuk menjaga keselamatan data kita.

Oh! McD… Servis kamu sgt suram…

Salam Sejahtera

McD telah memperkenalkan servis hantar kerumah selama lebih kurang… ntah 5 tahun kot. Namun servisnya tidaklah pernah baik ataupun diperbaiki. Lain yang dipesan, lain yang sampai. Nasib baik sampai. Kadang-kadang mengambil masa yang terlampau lama – 3 jam.

i’m lovin it la sangat. Ada satu masa, order pukul 9.00, pukul 12.00 baru sampai. Tunggu patties dari Ipoh ke? Kalau Pizza-hut atau Domino’s Pizza, tidak pernah pula ambil masa yang lama macam tuh. Mamak tong gas pun tak pernah ambil masa yang lama macam tuh.

Buatlah sesuatu, gajikan rider tetap ke atau ambil rider yang berwawasan ke. Tak kisahlah janji pelanggan berasa suka dan akan rasa seronok untuk order lagi. Ini macam punya servis, baik kita start engine kereta dan pergi drive-thru. Lagi pantas rasanya.

You teruk la Ronald.

Game dan Kepercayaan… Dante oh Dante

Salam Sejahtera

Ada laporan dari tabloid mengenai permainan video yang mempunyai elemen agama. Mungkin itu salah satu daripada caranya mereka mencari atau menambah pembaca. Mari kita petik laporan tersebut:

KUALA LUMPUR: Elemen kepercayaan terhadap alam ghaib termasuk membabitkan malaikat yang menjadi perisian terkini permainan konsol PS3 dan Xbox 360 dikesan semakin diminati generasi muda kerana memberikan keseronokan ekstrem kepada pemainnya.

Melalui permainan itu, sesiapa saja boleh menikmati pengalaman baru dengan menatap wajah ‘malaikat maut’ sambil meneroka syurga, malah mengalami situasi mencemaskan apabila menjelajah sembilan lapisan neraka.Namun, ia mempunyai unsur mempersendakan agama apabila permainan dibangunkan syarikat antarabangsa seperti Darksiders itu menggambarkan malaikat seperti manusia yang bersenjata, bersayap dan berbaju perisai, malah boleh dibunuh sesuka hati, sekali gus bertentangan prinsip kepercayaan Islam.

Dante’s Inferno pula berkaitan misinya yang dilakukan dalam neraka membolehkan pemain membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia dikutuk menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga.

Baca Lagi

Kelakarkan? Siap ada fatwa mengharamkan lagi permainan tesebut. Kalau benda yang lain yang memang Sah haram tidak pula diberi laporan. Saya tidak percaya bermain permainan video boleh menyebabkan akidah seseorang itu terpesong.

Saya seorang pemain permainan video yang tegar dan saya tidak terima akan argumen ini : Video game bisa memperlekehkan akidah saya.

Humanizing your Facebook Pages… revisited

Salam

To my surprise, through Meltwater news monitoring service, The Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi Digital Library has been featured among other libraries in Mr. Lee’s blog post, Humanizing your Facebook Pages. In his post, he explained why some libraries had few FB fans while others had more than thousand fans.

The ground rule is very simple and easy. Make your Facebook Fan page as lively as possible. Post updates everyday and off course interact with every comments. That is the secret, well, it’s no-brainer stuff.

Others should follow too. Facebook is free and setup is super easy.