Sara dan Adam

Sara dan Adam (5 Tahun & 4 Tahun)

Ini budak² mempunyai sedikit sebanyak perwatakan kami berdua. Dari style tidur sampailah ke bilik air. Orang tengok mesti tahu bahawa mereka adalah anak² Munawar. Mengadanya, merajuknya, korek hidung, banyak cakap dan macam2 lagi. Nak marah pon ada, tapi nak buat macam mana, dah budak² memang macam tuh. Kenakalan persis bapanya (kata orang² yang pernah menjaga saya), roda dunia pusing balik pulang kembali kepada saya. Nah rasakan Munawar, dahulu hang Champion, la hang mangsa buli anak².

Terima kasih ya-Rahman. Bersyukur akan aku ke-atas anugerah Mu ini.

Mouseketools

For me kids, especially Qaisarah… Oh! Toodles!!!

Mickey Mouse Sings Mousekedoer

Mouseker hey, mouseker hi, mouseker ho!
Mouseker ready, mouseker set, here we go!
You’re a thinking and a solving working througher
Mouseker me, mouseker you, mouseker doer!
Mouseker me, mouseker you, mouseker doer!
Oh toodles, it’s time to get to it!
Show us the mouseketools to help us do it!
Meeska, muska, mouseker door!
Toodles has the tools, a mouseketool
So when we need them, toodles will bring them!
He’s here for me-dles and you-dles!
And all you have to say is “oh toodles!”
All you have to say is “oh toodles!” 

Lyrics Source: http://frechies.blogspot.com/2011/07/mouseketools.html

Saya Cuti ini hari

Di pagi yang indah sesudah menunaikan segala kewajiban saya pun bersiap hendak ke tempat kerja. Akan tetapi… tiba² saya terasa dungu sekejap. Aku cuti rupanya ini hari. Hahhahaha.

Tapi cuti sebagai seorang suami… bukanlah bermakna saya boleh buka Xbox dan terus bermain sampai malam. Mesti mau tau ambil hati Isteri. Oleh itu pada hari ini saya akan:

  1. Sapu Rumah
  2. Cuci Lantai Porch
  3. Angkat kain
  4. Jemur Kain
  5. Kemas tempat tidur

Buat masa ini, kain sedang dicuci, oleh itu, boleh lepak2 man Facebook sekejap.

Sekian

Update: Ok Dear. Dah Siap.

Anak adalah permata hati…

Di hari Jumaat yang indah ini, saya mendengar khutbah yang bercerita tentang anugerah Allah kepada hambaNya iaitu anak. Katanya (khatib), berapa ramai yang meminta² tapi masih belum berjaya dan yang berjaya walau tidak pernah meminta.

Senang sahaja dibaling bayi itu ke bawah rumah tanpa berfikir panjang. Pastinya ada rasa bersalah di dalam hati si ibu yang membaling anaknya, tetapi kerana takut atau tidak mahu membela anak tersebut, maka melayanglah anak tersebut dari tempat tinggi dan bersepai di lantai. (Bukan isi khutbah)

Cukup tragis dan cukup kejam kejadian tersebut. Sesudah sedap dan seronok melayan nafsu, termengandung pula. Takut pula nak bertanggungjawab. Bukan salah perempuan sahaja. Tidak wajar begitu. Kekhilafan mereka adalah hak bersama. Kita, media, ibu dan bapa, jiran, pegawai agama dan sesiapa sahaja. Perempuan tidak akan bersenggama tanpa pujuk rayu, puji-pujian dan kata² yang manis dari pihak lelaki. Lelaki tidak akan berusaha untuk meratah perempuan jika tidak di beri peluang atau dorongan. Dorongan dari media, dorongan dari hati yang hijau dan juga dorongan dari yang tiada kita nampak (Baca: Musuh No.1 Manusia). Oleh itu, jangan pandai tunding jari sahaja.

Anak adalah permata hati… hatta adalah menjadi tanggungjawab untuk kita membentuknya. Jahat kita…. maka jahatlah dia. Wajib untuk kita memberi didikan tentang ilmu dunia dan akhirat agar sejahtera kehidupannya. Mimbar Jumaat tadi ada berbicara tentang layanan kepada anak cara Rasulullah.

Mimbar berkata… Rasulullah saw. membahagikan cara mendidik anak kepada 4 peringkat asas iaitu:

  1. Sebelum usia 7 tahun,
  2. Antara 7 – 14 tahun dan
  3. Antara 14 – 21 tahun
  4. Selepas 21 tahun

Usia sebelum 7 tahun
Ketika ini Rasulullah menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi serta menyintai mereka tanpa batas. Orang tua² memberi perumpamaan memberi kasih tidak bertepi dan sayang tidak berbatas. Makna kata, kasih dan sayang yang bersifat infiniti. Ketika ini manjakanlah mereka semanja yang boleh.

Ketika berumur 7 -14 tahun
Pada waktu ini, anak-anak akan mula belajar dari persekitarannya. Belajar dari sumber terdekatnya iaitu ibu dan bapanya. Bapa borek anak rintik. Begitulah maksud peribahasa lama itu. Ini adalah waktu yang paling penting untuk kita menanamkan sifat² terpuji dan disiplin kepada anak-anak seperti yang diberitahu oleh Rasullulah.

Sabdanya:

“Suruhlah anak kamu mengerjakan sembahyang apabila berumur 7 tahun, dan pukul lah mereka (jika mereka enggan) apabila berumur 10 tahun, dan asingkan tempat tidur mereka”

HR Ahmad & Abu Daud

Pada waktu ini, pembentukan sahsiah adalah sangat sesuai. Pada ketika inilah segala kebaikan dan kebobrokan ayau serta ibu akan mempengaruhi pembentukan sahsiah mereka. Pepatah Arab menyebut mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu, mendidik ketika anak dewasa umpama mengukir di atas air. Orang tua² ada berkata, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Oleh itu ibu bapa hendaklah:

  1. Menanamkan asas-asas keimanan
  2. Berlaku adil terhadap anak-anak dalam memberi kasih sayang, pendidikan, makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
  3. Mengasuh anak-anak dengan lemah lembut dan bersopan santun.
  4. Mempamerkan akhlak yang mulia dan terpuji.
  5. Mengampuni dan mengasihi anak-anak dan lain-lain ahli keluarga dengan penuh kasih dan sayang.
  6. Mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai Allah SWT.
  7. Menunjukkan teladan yang baik pada anak-anak.
  8. Bertanggungjawab mencipta sebuah rumahtangga yang aman bahagia untuk didiami oleh anak-anak.
  9. Bertanggungjawab memastikan anak-anak dijaga dengan baik.
  10. Bertanggungjawab memberi pendidikan dan pelajaran yang berguna dan menghantar mereka ke sekolah-sekolah.
  11. Mengajar anak-anak mengerjakan sembahyang, mengaji al-Quran dan melatih anak-anak berpuasa.
  12. Mengajar anak-anak dengan ilmu yang dapat menjadi perangsang bagi memperkayakan ilmu Islamnya.

Ketika berumur 14 -21 tahun
Jika peringkat sebelumnya kita layan anak dengan penekanan disiplin yang agak keras dan tanpa kompromi, pada peringkat ini hendaklah kita berlaku rasional kepada mereka. Ini adalah peringkat remaja dimana mereka semua akan memberontak jika dimarahi dan dipukul. jadikanlah mereka sahabat untuk dibawa berbincang tentang masalah dan hobi mereka. Remaja harus diberi pengenalan tentang ilmu islam seperti syariah, aqidah dan fekah secara terperinci.

Dewasa ini, ibu dan bapa menyerahkan secara bulat-bulat tanggungjawab mereka ke sekolah. Ini adalah satu kesilapan yang besar. Sekolah tidak dapat mengajar mereka tentang tanggungjawab dan nilai² bersama. Ibu dan bapalah yang paling dekat dengan mereka untuk mengajarkan nilai yang baik kepada mereka.

Peringkat remaja adalah yang paling penting sekali kerana inilah ketikanya mereka membentuk jatidiri dan sahsiah mereka. Baik dan buruk mereka ditentukan pada waktu ini.

21 tahun ke atas
Nantilah saya update… Malas nak pikir

 

Sumber : Pendidikan Anak dalam Islam oleh Syaikh Y?suf Muhammad al-Hasan

Untuk anak² ku dan semua

Abie berasa sungguh bertuah kerana sentiasa dikejutkan dari tidur untuk menunaikan kewajiban. Samada Sara atau Adam yang merengek di pagi hari untuk susu atau pun berasa tidak selesa kerana berak. Kalau dahulu kala, sebelum ada anak, mana ada rasa nak bangun pagi. Tolong sikit, tidur itu lagi enak. Pedulikan dosa, nanti boleh Qada. Sungguh tidak senonoh ketika itu dan sungguh ignorant pada masa itu.

Tiada kenal apa itu tanggungjawab pada Tuhan mahupun diri sendiri. Kadang² Tuhan itu memberi hidayahnya didalam cara yang paling pelik dan tidak masuk akal. Hanya yang menerima hidayah yang pelik² ini akan paham akan ertinya.

Dengarkan ini anak²ku. Ibu dan Ayahmu sentiasa bersusah-payah untuk kamu, terutamanya ibu kamu yang selalu tak cukup tidur kerana kamu semua. Abie rilek je, penuh kesabaran, tahan je telinga. Iyalah, kalau abie bangun pun, bukannya ada nenen nak kasi hisap. Oleh itu, biarlah Ibu kamu yang bangun (hahaha) – melainkan ada panggilan dari ibu kamu, tentang transformasi untuk lampin ke atau sebagainya. Pendek kata, dari sepuluh kejadian tengah malam atau pagi² buta, kamu semua menangis, hanya 1 atau 3 sahaja Abie yang bersusah payah. Oleh itu, berbanggalah dengan Mamie kamu semua.

Suka untuk Abie mengambil ayat dari Al-Quran yang Abie ingat ketika Tingkatan 4 dahulu:

Dan artinya:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Oleh itu, hormatilah abie dan mamie terutamanya mamie kamu dan jangan sesekali menderhaka. Dan juga diingatkan bahawa jangan sesekali cuba untuk mendaftarkan diri di dalam mana² pertandingan realiti show seperti Akademi Fantasia melainkan rancangan² yang berprestij dan tidak ada unsur² maksiat. Abie tabuh kamu semua kalau masuk Akademi Fantasia.

Jangan sesekali warnakan rambut kamu ala² orang putih kerana kamu semua adalah darah kacukan Keling, Melayu dan Jawa. Tidak ada kaler perang atau pun merah di dalam gen kita. Abie akan botakkan kepala kamu semua nanti.

Jangan sesekali bermain World of Warcraft dan seumpamanya kerana kesannya amatlah buruk – belajar dari kesilapan Abie. Tanya mamie, apa Abie buat kalau main World of Warcraft.

Itulah sahaja pada ketika ini, Abie akan maintain domain in sehingglah kamu cukup dewasa untuk membaca dan memahami artikel ini.