Mama sudah tiada…

Baru sahaja melewati umur 32 tahun, tanggal 24 Disember 2011 adalah tarikh yang sungguh istimewa. Dilahirkan oleh ibuku 32 tahun yang lalu. Iya hanya beberapa jam sebelum Hari Natal. Tidak penting pun kerana bukan perayaanku dan agamaku. Lebih baik aku sambut hari lahirku daripada sibuk merayakan hari Natal. 4 hari kemudian… 28 Disember 2011 adalah hari yang paling sedih, hari ibuku menyambut seruan Ilahi. Tanpa kata, tanpa bunyi dan tanpa erangan, ibuku pergi…. selamanya. Tidak akan kembali lagi. Yang tinggal hanyalah kenangan dan bayangan wajahnya.

Iyalah, mana ada manusia dimuka bumi Allah ini yang bisa menahan kesedihan apabila kehilangan orang yang paling dikasihi. Mungkin di dalam seminggu-dua ini, saya sedikit sensitif. Tahu-tahu je ada air mata yang mengalir. Paling sedih apabila melihat akan katil dimana mama baring sewaktu dia masih hidup. Almari menyimpan perkakasnya yang baru sahaja dibeli oleh isteriku untuknya, bilik air yang direnovate khusus untuk ibuku.

Selama mana dia mahu tinggal dirumahku pun aku tak kisah. Tinggallah selagi mahu. Malangnya… tempoh ibuku tinggal bersamaku hanya dua hari. Sungguh singkat tetapi sangat bermakna.

Oleh itu, pada mereka yang masih mempunyai ibu… sayangilah dan berbakitlah selagi sempat. Menerima berita kematian insan yang dipanggil ibu sangatlah pedih dan tidak tertanggung oleh mana-mana insan (pada pandangan saya).