Kenali Industri Minyak dan Gas

Hai adik-adik! Pernah tak dengar tentang minyak dan gas? Dalam industri ini, ada tiga bahagian utama, iaitu upstream, midstream, dan downstream.

Jom kita belajar apa maksudnya!

Apa itu Upstream (Huluan)?

“Upstream” ialah peringkat awal dalam industri minyak dan gas. Ia melibatkan:

  1. Cari Minyak dan Gas – Orang minyak mencari kawasan di bawah tanah atau dasar laut yang mungkin ada minyak dan gas.
  2. Gali dan Kaji – Mereka akan menggali untuk melihat sama ada minyak dan gas benar-benar ada di situ.
  3. Pam ke Permukaan – Minyak dan gas yang dijumpai akan dibawa keluar ke permukaan supaya boleh digunakan.

Bahagian Lain Industri Minyak dan Gas

Selain upstream (huluan), ada dua lagi bahagian yang juga penting:

  • Midstream (Pertengahan) – Bahagian ini menguruskan penghantaran minyak dan gas dari tempat ia dijumpai ke tempat pemprosesan.
  • Downstream (Hiliran) – Di sini minyak dan gas diproses menjadi produk yang kita gunakan setiap hari, seperti petrol untuk kereta, gas memasak, dan pelbagai bahan lain.
Source: https://www.elandcables.com/media/ywugrq1z/v637655804934500001/upstream-mid-and-downstream.png

Syarikat Minyak Besar macam PETRONAS

Ada syarikat besar seperti PETRONAS yang terlibat dalam semua bahagian ini – dari upstream (huluan) ke midstream (pertengahan) dan downstream (hiliran).

Jadi, sekarang adik-adik tahu, upstream adalah peringkat pertama yang sangat penting. Midstream pula memastikan minyak dan gas dapat dihantar dengan selamat, dan downstream memastikan produk tersebut sampai kepada kita untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Tanpa ketiga-tiga bahagian ini, banyak aktiviti harian kita akan terjejas.

Reference:

Hayes, A. (2024, April 16). What is upstream in the oil and gas industry? Investopedia. Retrieved January 24, 2025, from What Is Upstream in the Oil and Gas Industry?

Perjalanan Epik Petroleum: Dari Makhluk Purba ke Kereta Ayah

Hai Adik²! Pernah tak adik² terfikir dari mana datangnya petrol yang buat kereta ayah kamu semua bergerak atau plastik untuk mainan adik²? Jawapannya semua bermula dengan benda ajaib yang dipanggil petroleum. Jom kita selongkar perjalanan epik petroleum ni!

Apa Sebenarnya Petroleum?

Petroleum ni macam cecair pekat dan melekit yang ada jauh kat bawah tanah. Ia diperbuat daripada molekul-molekul kecil yang dipanggil hidrokarbon. Hidrokarbon ni kira macam blok binaan yang terbentuk daripada atom karbon dan hidrogen. Tapi, macam mana petroleum boleh ada kat situ?

Asal Usul Petroleum

Berjuta-juta tahun lepas (zaman lagi lama dari dinosaur!), makhluk laut kecil macam plankton dan alga hidup dalam lautan. Bila makhluk-makhluk ni mati, mereka jatuh ke dasar laut dan tertimbus bawah lapisan lumpur dan pasir. Dengan tekanan dan haba bumi selama berjuta tahun, makhluk yang tertimbus ni bertukar jadi petroleum. Proses ni nama dia biogenesis – cool kan?

Source: Department of Energy, Mines, Industry Regulation and Safety (Australia)

Macam Mana Kita Korek Petroleum?

Untuk keluarkan petroleum dari dalam tanah, saintis dan jurutera guna mesin besar gila yang dipanggil pelantar gerudi. Diorang gerudi dalam-dalam sampai jumpa petroleum. Lepas jumpa, mereka pam naik ke permukaan. Kira macam sedut milkshake tebal guna straw gergasi!

Petroleum Ni Untuk Apa Sebenarnya?

Petroleum ni memang power sebab boleh buat banyak benda cool:

Petrol dan Diesel: Untuk buat kereta, motor, bas, dan lori bergerak.

  • Gas Masak (LPG): Gas yang ibu guna untuk masak makanan sedap!
  • Minyak Pelincir: Minyak ni jaga enjin kereta supaya tak rosak.
  • Plastik: Banyak barang yang kamu guna, macam botol air, mainan, dan beg plastik, dibuat dari petroleum.
  • Buat Jalan Raya: Petroleum digunakan untuk buat jalan raya yang kamu guna setiap hari.
  • Elektrik: Sebahagian tenaga elektrik dihasilkan menggunakan petroleum.
  • Barang Penjagaan Diri: Syampu, losyen, dan barang lain untuk jaga kebersihan juga ada bahan daripada petroleum.
  • Buat Baju: Baju daripada kain poliester dan nilon dibuat dari petroleum.
  • Ubat-ubatan: Petroleum digunakan untuk buat beberapa jenis ubat.

Kenapa Petroleum Ni Penting Gila?

Petroleum ni penting sebab ia buat hidup kita jadi lebih mudah dan best. Ia bagi tenaga untuk kenderaan, panaskan rumah, dan hasilkan macam-macam benda yang kita guna setiap hari. Tanpa petroleum, hidup memang jauh berbeza!

Kesimpulan

Jadi, lain kali bila adik² nampak kereta meluncur atas jalan atau tengah syok main dengan mainan plastik kamu, ingat perjalanan epik petroleum ni. Dari makhluk laut kecil zaman purba sampai jadi barang berguna zaman moden, petroleum ada cerita yang memang padu untuk dikongsi!

Reference:

Ishimwe, D. (2014, September 11). Origin and formation of petroleum. Society of Petroleum Engineers. https://connect.spe.org/blogs/donatien-ishimwe/2014/09/11/origin-and-formation-of-petroleum