Sultan Kedah Murka??

Salam

Terbaca satu laporan dari BERNAMA dan saya quote:

Banjir: Sultan Kedah Dukacita Sumbangan Kerajaan Negeri Tidak Dihargai

ALOR SETAR, 14 Nov (Bernama) — Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah melahirkan rasa dukacita terhadap pihak-pihak yang tidak menghargai sumbangan serta pengorbanan kerajaan negeri dan semua pihak yang terlibat dalam membantu mangsa banjir di Kedah.

Baginda bertitah semua kakitangan jabatan negeri, persekutuan, badan-badan sukarela dan pihak-pihak lain didapati saling membantu dan bekerjasama tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan juga fahaman politik, yang menggambarkan kekukuhan semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Dan ada pula satu laporan dari blog si polan mana ntah, melaporkan Sultan Kedah Murka kepada PAS. Dan saya Quote juga:

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dukacita dengan nasib rakyat negeri itu yang dilanda banjir terburuk dalam sejarah Kedah dan meminta semua pihak mengetepikan fahaman politik bagi membantu mangsa menghadapi bencana itu.

Baginda berharap semua pihak termasuk kerajaan negeri, Kerajaan Pusat, korporat serta individu agar menyampaikan bantuan dalam apa jua bentuk bagi membantu meringankan beban mangsa.

Sultan Kedah juga berkenan menyerahkan sumbangan RM500,000 daripada kutipan zakat negeri Kedah dan bantuan peribadi RM100,000 kepada kerajaan negeri untuk dimanfaatkan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negeri.

Cuba tuan² dan puan² teliti laporan tuan yang empunya blog itu yang kununnya dipetik dari Utusan. Ada atau tidak statement yang menyatakan Sultan Kedah murka kepada kerajaan negeri atau secara tidak langsung kepada PAS.

Itulah yang dikatakan bodoh sombong atau bodoh seperti keldai. Tidak reti membaca atau tidak paham bacaan. Manusia memang suka bersikap sedemikian. Mencanang cerita dan ceriti untuk mengadu-domba antara masyarakat. Tidaklah saya menyokong PAS atau UMNO atau mana² parti politik. Tetapi inilah hakikatnya, memutarkan belit fakta dan mencaci sesama mereka. Manusia memang suka benda² seperti ini. Saya quote lagi:

Lepas ni harap orang Kedah sedar sedarkan lah diri. Tak ada gunanya sokong PAS sebab parti PAS hanya membawa malapetaka disetiap negeri yang mereka kuasai. Langsung tak ada keberkatan didalam pemerintahan PAS. Hanya bala dan musibah sahaja.

Apa DS Azizan buat sepanjang pemerintahan dia? Nak naikkan tarif air kan. Dan sekarang Allah s.w.t terus bagi air melimpah ruah. Cash terus atas dunia ni. Tu belum kira di akhirat lagi. Bawak bawaklah bertaubat.

Wah². Macam Tuhan pula boleh cakap tidak ada keberkatan menyokong PAS siap boleh dapat bala pula apabila menyokong PAS. Hahahaha. Totally phail la dia ni. Saya kira perenggan yang terakhir itu elok ditelan dan difahami sendiri oleh YB Tuan Empunya Blog tersebut. Seperti siri bercakap dengan chermin.

Siapa anda nak tentukan hukuman tuhan untuk siapa dan untuk apa. Lu bercakap macam lu ulamak. Hakikatnya lu sindri pun tak berapa nak betol. Funny la you!!!

10 Pesanan kepada BF anak² perempuan kita semua

Kepada BF anak aku,

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg ditakuti,

Bapak Kepada Gf ko.

Update: Lupa nak kasi tahu. Saya bukan pengarang surat ini. Saya cut n paste je dari email. haha

Meniti hari… sebagai bapa

Salam Syawal dan Sejahtera Kepada semua

Sudah 1 hari lebih saya berkampung dan berulang-alik dari rumah ke Hospital. Tapi masih belum ada tanda-tanda anak abie nak keluar. Kasihan melihat sang Isteri yang dikasihi menderita menahan sakit yang tidaklah dapat saya bayangkan macam mana seksanya. Al-maklum sajalah, saya lelaki dan tidak diberi peluang untuk merasai pencuci dosa percuma itu.

Maka benarlah kata2 orang tua, syurga itu ada dibawah tapak kaki ibu. Kepada yang buta bahasa, bukanlah ertinya syurga itu ada dekat situ dan boleh masuk syurga kot nuh! Saya pun suatu masa dahulu berfikiran begitu. Sehingga meminta mama saya menunjukkan tapak kakinya, kot2 ada samar2 syurga disitu. Bertuah sungguh apabila menjadi anak kecil. Innocent otak mereka, suci dan bersih daripada anasir2 jahat. Kitalah yang mencorakkan pemikiran, ideologi dan tingkah laku mereka.

Apa-apa pun, digambarkan tempat yang hina (tapak kaki) sang ibu adalah anak kunci syurga ke-2 kerana kepayahan dan seksa mereka melahirkan dan menjaga kita. Begitulah perumpamaan orang2 tua zaman dahulu. Pengkupasan bahasa haruslah menggunakan daya pemikiran yang kreatif dan analitikal. Apa? Anak kunci syurga yang utama? Adapun untuk setiap muslim, anak kunci syurga itu adalah kalimah shahadah “Laillahaillallah”. Sealim manapun kamu, tanpa restu ibu dan keampunannya, jgnlah mimpi nak cium syurga. Haruslah mendapatkan restu daripada mereka dahulu.

Maaf – Isteri tgh masuk labour room.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam kepada Semua

Bersempena dengan hari yang mulia ini, suka untuk saya mengucapkan selamat Hari Raya kepada Umat Islam di seantero dunia.

raya



Selamat Hari Lebaran. Maaf Zaher dan Baten. Ku pohon ampun dari hujung bayang2 kaki sehingga rerambut yang paling akhir sekali. Untuk setiap kekhilafanku, kesalahanku dan kebobrokan yang ku lakukan. Ku pohon ampun dari semua. Ku ampunkan setiap salah dan silap anda semua. Kepada yang memandu, pandulah dengan cermat. Pikirlah orang yang sayang anda.

Dear Brothers and sisters; Eid comes every year to give us an occasion to celebrate and rejoice. But let’s not forget those who can only stare at us and tell themselves “I wish I could be there” every time they see us celebrate such occasions. Let’s share the joy with the street urchins, with the slum dwellers, with the beggars and with the destitute, so that when they wake up on the next Eid Day, it doesn’t appear to them as another ordinary morning, rather a day to smile. Eid Mubarak again.

Kulo sekeluargo ucapne Selamat Hari Royo, keluputan semg ahkeh-ahkeh dingapuro. Hati-hati mandu neng Jalan royo. Salam Aidilfitri seko koncomu sekeluargo.

* Ini gambar kawin saya. Cheapskate kan? Takde masa nak amik baru. Isteri saya buat. Dia mmg hebat. 😉

Al-Kisah Holy Water dan Paderi Melayu

Salam Ramadan kepada Semua. Semoga Allah memberkati anda semua. Kepada semua umat Islam, daku mengucapkan selamat berpuasa. Kepada Rakyat Malaysia, selamat menyambut ulangtahun Kemerdekaan yang ke-53. Kepada manusia seantero alam, semoga anda mendapat hidayah seperti kami semua.

Baru-baru ini, kecoh di Facebook, email dan beberapa blog serta laman sosial yang lain mengenai gerakan memurtadkan umat Islam. Saya quote di sini:

Dear all fellow muslim,
please forward this message to other muslim..
Sekarang nie kristian sedang aktif di seremban ..1900 orang
paderi melayu yang baru tiba dari singapura berada di sini
sekarang.mereka menggunakan sihir. Berhati- hati dengan jenama (air mineral):-

1. Al-Baramkah
2. Al-Mansori
3. Al-Bistaria

p/s : sama ada diperolehi secara percuma atau jual murah, semua air-air ini telah dicampur dengan ‘holy water’

tolong sebarkan message ini kepada semua umat islam/sahabat/sahabiah &dll.
Sesungguhnya kita tak termampu memegang senjata untuk menegakkan agama (Islam), akan tapi kita boleh lakukan dengan send message nie …..semoga jasa baik ini dirahmati oleh Allah SWT.

Suka saya memberitahu bahawa, ini adalah cerita basi yang tidak diketahui kebenaranya. Saya masih ingat lagi, jumlah Paderi yang dikirimkan kepada saya suatu masa dahulu adalah 19. Hari ini tiba2 ianya sudah naik kepada 1900. WOW! Membawa cerita yang tidak benar, tidak betul dan bathil adalah tidak baik dan boleh jatuh hukum berdosa dan haram.

Orang-orang kita memang suka sangat percaya dengan kisah-kisah seperti ini. Di tambah pula dengan teknologi baru zaman ini, Internet adalah wadah untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai kisah palsu ini. Dari tahun 2006, 2007, 2008 sehinggalah sekarang, 2010, kisah layu dan basi ini masih terpampang di blog, laman sosial dan email orang yang suka sangat percaya dengan berita tanpa usul periksa.

Adapun kita diberi akal oleh Allah untuk berfikir. Adapun orang-orang tua ada berpesan “Jika nampak dengan mata, jangan percaya. Jike terdengar dengan telinga, jangan percaya. Pandanglah dengan mata hati dan fikirlah sebaiknya sebelum membuat keputusan.”

Janganlah kita terima secara bulat segala yang disuapkan kepada kita. Pada tahun 2006 atau 2007 air mineral yang dikatakan bercampur dengan air suci vatican itu adalah:

  1. Al Barakah
  2. Al Mansur
  3. Al-Bestari

Anda perasan atau tidak unsur2 penipuan yang wujud disini. Al-Barakah jadi Baramkah. Mansur dan Mansori (Macam Mason pula). Sesungguhnya, hanya insan yang jahil dan bodoh akan menerima cerita ini secara bulat2. Janganlah ada di antara kamu yang menerima atau mempercayai kisah basi ini. Kelak, ianya hanya akan merusakkan kesihatan anda.

Ada pula email atau posting2 di internet yang menyatakan kekuasaan air suci Vatican ini untuk mengelukan lidah setiap Muslim sehingga tidak berupaya mengucap kalimah syahadah. Barang siapa yang meminumnya pasti tidak akan berupaya menyebut kalimah tersebut. Aduhai bangsaku, sudahlah. Janganlah dikau semua terpedaya dengan dakyah buduh dan bathil ini. Tidak ada satupun air di muka bumi ini yang bisa berbuat demikian. Marilah kita semua review ayat Quran, Surah Al-Hujurat, ayat ke-6:

Yang membawa maksud: O you who have believed, if there comes to you a disobedient one with information, investigate, lest you harm a people out of ignorance and become, over what you have done, regretful.

Atau tafsir Melayunya

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Adapun undang2 tertinggi Umat Islam telah menyatakan kewajiban kita untuk menteliti setiap berita, mengkaji kebenarannya sebelum membuat keputusan. Bukannya harus atau sunat tetapi WAJIB.

Orang-orang Melayu kita memang cepat terima perkhabaran dari orang ramai tanpa usul dan periksa. Tidaklah normal untuk untuk seorang yang Muslim menerima berita tanpa berfikir panjang. Mengenai Holy Water yang bisa menyesatkan dan mengelukan lidah kita, umat Islam semua, suka saya meminta tuan2 dan puan2 serta Cik Adik di FaceBook meneliti perkara ini

Mitos : Holy Water bisa buat lidah kelu
Kebenarannya: Maha Suci Allah. Air Holy Water tidak ada kuasa yang sebegitu. Apakah Islam itu bathil sehinggakan Air Suci itu berkuasa untuk memurtadkan orang Islam? Tidak. Sama sekali tidak. Air Suci ini pernah dilaporkan sebagai punca penyakit di dalam artikel: Holy water—a risk factor for hospital-acquired infection. Journal of Hospital Infection, Volume 32, Issue 1, Pages 51-55, J.Rees

Adakah Allah itu tidak adil
Adalah salah untuk mempercayai bahawa Holy Water itu bisa memurtadkan seorang Muslim jika meminumnya. Ini bercanggah dengan Firman Allah di dalam Surah Yunus Ayat 108.

Tafsirnya:
Katakanlah: “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran (Al Qur’an) dari Tuhanmu, sebab itu barangsiapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya (petunjuk itu) untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang sesat, maka sesungguhnya kesesatannya itu mencelakakan dirinya sendiri. Dan aku bukanlah seorang penjaga terhadap dirimu”.

Paderi yang convert ke Islam macam mana?
Asyik buat dakyah tentang Paderi Melayu. Macam mana pula Paderi yang menjadi Muslim seperti Yusuf Estes atau David Benjamin Keldani? Seronok yea menyebarkan cerita fitnah tentang Paderi Melayu. Depa Paderi, Padre, Reverend atau Mubaligh yang dah minum berkoyan2 air suci. Boleh je ngucap masuk Islam.

Ini dakyah puak Kapir
Saya percaya, ini tak lain tak bukan adalah kerja orang2 Kapir yang suka melihat kebodohan Melayu Islam memperbodohkan dirinya dan orang-orang lain. Jangan marah atau bengkek der!!! Depa seronot je tengok korang paste sana-sini, email sana-sini tentang cerita karut ini. Korang percaya bulat2 sapa suruh.

Pernah ke nampak botol air tersebut?
Al-Baramkah atau Al-Mansori (Serious.. Macam Free Mason). Kalau gambar budak itu dapat disertakan, dimanakah pula gambar botol air tersebut? Tidakkah anda semua pernah terfikir untuk mencari botol air mineral tesebut. Bodoh tak?

Kalau saya secara terang-terang mengatakan anda yang mempercayai bulat-bulat cerita ini bodoh dan dungu. Ramai yang akan kata saya macam bagus-bagus. Ini soal akidah tuan-tuan dan puan-puan serta cik adik semua. Mempercayai sesuatu tanpa usul dan periksa memang tidak kool. Anda semua menzalimi diri anda sendiri.

Hadis Riwayat Muslim no 5: Cukuplah menjadi satu dosa bagi seseorang yang menceritakan segala yang dia dengari (tanpa mengkaji benar atau tidak)

Kesimpulannya: Adalah wajib untuk setiap Umat Islam mencari kebenaran sebuah berita itu. Wajib untuk kita memeriksa kesahihan berita atau cerita. Takut-takut akan jatuh ke Fitnah Pula.

Wallahualam

Selamat Hari Wanita dan Selamat Hari Merdeka

Salam Ramadan

Hari ini adalah Hari Wanita Sedunia (Malaysia – 25 Ogos 2010), dan telah masuk hari yang ke-15 umat Islam berpuasa. Dan tinggal 6 hari sebelum Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke-53. Oleh itu suka untuk saya mengucapkan selamat Hari Wanita dan Selamat Menyambut Kemerdekaan.

Tetapi, apakah itu Merdeka? Apakah cukup sekadar mentafsirkan Merdeka itu sebagai Bebas? Apakah merdeka itu berdiri dengan sendiri? Jika kita menghayati erti Merdeka itu, kita akan dapati bahawa… Merdeka itu membawa makna yang amat besar.

Jika semua berpendapat Merdeka itu adalah semata-mata bebas, tiadalah nilai sebuah kemerdekaan itu. Bebas daripada apa? Penjajah? Huh, kalau itulah makna Merdeka… Baik tak payah Merdeka langsung. Oleh itu, apakah itu pengertian Merdeka?

Ianya bukan sekadar bebas. Malah, Merdeka itu adalah sebuah kalimah yang besar maknanya. Jiwa yang merdeka adalah Jiwa yang suci. Jasad yang merdeka adalah jasad yang murni. Orang yang Merdeka mempunyai tanggungjawab sesuai dengan kemerdekaannya. Orang yang Merdeka adalah mereka yang Gembira dan Orang yang Merdeka ialah orang yang berani berkata tidak kepada sesuatu yang bathil.

Oleh itu… hayatilah dan nikmatilah kemerdekaan dengan penuh tawaduk dan kesederhanaan.

Merdeka, Toyota & Pejuang Kemerdekaan

Baru-baru ini ada terdengar sebuah iklan kereta yang bercerita pasal tidak memandu Toyota. Saya kuot:

Mereka berkata jalan menuju kemerdekaan penuh dengan selekoh berbahaya dan ranjau berduri, mereka tidak pernah memandu Toyota la tu!

Mungkin pada sesetengah orang ianya tidak ada apa-apa. Tetapi ada juga yang panas telinga mendengarnya. Adakah ad. agency yang membikin iklan ini tidak kira sesitiviti masyarakat sebelum mengekuarkannya? Adakah, Tukang Radio pun tidak mempedulikan sensitiviti masyarakat?

Mungkin bunyinya adalah seperti jenaka, tetapi sebenarnya tidak. Mengeluarkan statement sedemikian rupa adalah tidak elok dan kurang cerdik.

Pikir-pikirlah sensitiviti masyarakat wahai Tukang Iklan!

Boleh atau tidak Lelaki memberi kepada Wanita

Selalu je orang kata kalau perempuan jawab salam seorang lelaki, berdosa. Kalau tidak pergi sekolah atau mendalami agama, pastinya terus percaya. Orang kita, kalau benda2 macam neh, mmg cepat nak percaya. Kalau dibilang bodoh atau jahil… marah. Begitulah amnya orang kita. Berikut adalah jawaban daraipa Pekabat Mufti W. Persekutuan mengenai Ucapan Salam antara Lelaki dan Perempuan:

Amalan memberi salam kepada sesama Islam adalah suatu yang sangat dituntut oleh Islam, kerana salah satu hak sesama Islam adalah menyebarkan salam. Dengan mengucapkan salam itu dapatlah kita mengeratkan lagi tali persaudaraan, mendekatkan yang jauh dan melahirkan rasa kasih sayang. Walaupun ucapan salam itu pendek saja, tetapi isi dan maksudnya adalah merupakan doa bagi mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan. Merujuk dalil sama ada daripada al-Quran atau al-Hadis yang menggalakkan umat Islam memberi salam sesama Islam, ia adalah dalam bentuk yang umum serta tidak membezakan lelaki dan perempuan.

Antaranya firman Allah bermaksud : “Apabila kamu diberi penghormatan (dengan ucapan salam) hendaklah kamu menjawab dengan lebih baik atau jawab yang seumpamanya”. Al-Nisa’ ayat 86.

Mengikut kaedah syarak sesuatu arahan atau hukum daripada Allah dan RasulNya adalah merangkumi lelaki dan perempuan kecuali dalil tertentu yang mengkhususkan sesuatu hukum itu kepada lelaki atau perempuan sahaja.

Dalam sahih al-Bukhari disebutkan bahawa Ummu Hani’ binti Abu Talib berjumpa Rasullah s.a.w. pada tahun pembukaan Makkah dan terus memberi salam kepada baginda, lalu baginda bertanya siapa itu? Fatimah memberitahu bahawa yang memberi salam itu ialah Ummu Hani’ dan Rasullah pun menjawab salamnya.

Umar al-Khattab juga pernah memberi salam ketika berjumpa dengan beberapa orang wanita sambil berkata: “Aku adalah utusan Rasullah kepada kamu sekelian.”

Bagaimanapun, kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa lelaki boleh memberi salam kepada perempuan yang sudah berumur dan tidak kepada perempuan yang masih gadis atau muda.

Semua ini adalah pendapat atau pandangan ijtihad kalangan ulama’ berdasarkan kaedah “menutup pintu mungkar”. Namun terdapat beberapa hadis dan amalan di kalangan sahabat serta tabiin mengenai memberi salam lelaki kepada wanita. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Jarir yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah berjalan dan berjumpa sekumpulan wanita lalu baginda memberi salam kepada mereka.”

Begitu juga dengan apa yang dilakukan Umar al-Khattab dan Ibnu Umar. Ibnu Aun pernah bertanya kepada Ibnu Sirin: “Bolehkah saya memberi salam kepada seorang perempuan?” Jawabnya: “Tidak ada salahnya”. Demikianlah beberapa pendapat dan pandangan kalangan ulama’ mengenai hukum lelaki memberi salam kepada perempuan dan sebaliknya.

Satu hal yang mesti difahami, iaitu ucapan salam adalah satu ibadat, bukan sebagai satu ucapan atau kata-kata biasa yang diucapkan seseorang. Justeru, ia hendaklah diucapkan dengan hati yang ikhlas serta bertujuan merapatkan hubungan persaudaraan bukan sebaliknya. Kalangan ulama’ yang mengharuskan pun berpendapat bahawa wanita tidak wajib atau tidak perlu menjawab salam lelaki jika ucapan itu bukan dengan niat yang baik dan ikhlas.

Kesimpulannya, berpandukan pendapat jamhur (kebanyakan) ulama’ yang berasaskan hadis dan amalan Rasullah s.a.w. serta kalangan sahabat bahawa seorang, lelaki boleh memberi salam kepada wanita, jika sekiranya ia tidak menimbulkan sebarang fitnah.

Wallahu A’alam

Barang Naik

Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik Barang naik