Aspirins to energize your flowers

Good Morning

Do you know that there are other uses for aspirins? Besides relieving your headache and fever, aspirins have many potential uses. Read on…

Power Cleaner
Aspirins may be used to remove stubborn stains, especially of that protein based stains like sweat and egg. Dissolve two aspirins in half a cup of warm water and apply to the area of the fabric where the stain is. This should be left for a couple of hours before washing.

Flower Power
Seriously, not Mario nor Luigi. Flowers on desk are beautiful. But they often die too quickly. Give them extra mushroom (1UP) by dissolve 2 or 3 aspirins into the vase filled with water. The salicylic acid in the aspirin will help keep the water clean and free of flower-damaging bacteria.

Dandruff Remover
Dandruff is common to any boys and girls out there. Especially guys. We rarely shampoo. Heck! Crush 2-3 aspirins and add them to your shampooing. No conditioner is needed.

Read here for more!

Mari kita berjudi. Adapun judi itu adalah “HALAL”

Salam dan Sejahtera

Semoga sekalian umat manusia berada di dalam keadaan yang sihat serta walafiat. Musim Bola seantero dunia bakal tiba dan bakal bermulalah detik-detik gelap di dalam hidupku. Malam hari akan disajikan dengan pekikan manusia dan sorakan penyokong. Tidak kira Ah Seng, Raju dan Ali, Bola adalah hak universal. Apa pula yang akan terjadi kalau Malaysia beraksi di Piala Dunia?

Judi Bola adalah halal di sisi undang2 Malaysia. Dan Tuan yang Terutama VT mempersoalkan kenapa Muslim-Muslim ini semua sibuk membantahnya. Justifikasinya, orang Islam tidak dibenarkan berjudi oleh kerajaan. (Tahi Judi tidak memperdulikan itu semua).

Anda silap!!! Bukan Muslim sahaja yang dok membantah, yang tak sembah tuhan Allah pon dok sibuk2 memaki hamun dan mempersoalkan keputusan kerajaan menghalalkan judi bola itu.

Apekah kebaikan yang dilihat oleh YB Timbalan Menteri Duit mengenai judi bola ini? Mungkinkah Judi Bola ini bisa menambah rizab negara yang berkurangan. Mungkinkah judi bola ini bisa mengurangkan salah laku dan jenayah judi? Atau mungkinkah judi bola ini memang menjana ekonomi negara? Disebalik persoalan ini, hanya Timbalan Menteri Duit sahaja yang tahu akan kebenarannya. Kita nak tanya dia, kita tak kuasa (sebenarnya tidak ada kuasa). Al-Maklum sajalah, rakyat biasa bukannya sesiapa.

Menghalalkan Judi Bola ini membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Ini adalah salah satu daripada tanda kiamat. Tidaklah perlu kita katakan yang mana satu. Pandailah korang menilai.

Aku nak pergi berjudi. Chow!

Selamat Hari Guru

Salam dan Sejahtera Kepada Semua

Sempena Hari Guru yang bakal tiba 16-Mei ini. Saya dengan penuh rasa hormat, mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru2, terutamanya yang telah mengajar dan mendidik serta membimbing saya. Jasa anda semua tidak akan dilupai. (terharu waktu menulis ini)

Sekali menjadi guru orang akan kenang sampai bila-bila. Tidak kiralah garang, baik atau lemah lembut. Guru adalah umpama penyuluh kehidupan. Tanpa mereka siapalah saya pada hari ini.

Tidak ada satu pun manusia yang bisa mengetahui tentang sesuatu perkara tanpa guru. Pembelajaran itu haruslah datang dari guru atau mungkin jika seseorang itu adalah insan yang terpilih maka, Allah lah gurunya. Maka, barang siapa yang belajar tanpa guru, Iblis lah gurunya. :). Jangan nak eksyen2, belajar tanpa guru adalah menyesatkan.

Imam Syafie pula pernah menyatakan, “sesiapa yang tafaqquh dari perut kitab, maka dia telah kehilangan hukum-hakam”. Para ulamak juga menyebutkan, “antara kebodohan terbesar, adalah menjadikan helaian-helaian sebagai syaikh”.

Maka dengan itu, haruslah kita berguru. Dan hormatilah guru anda tanpa mengira warna kulit atau kaler rambut. Tanpa mereka, anda tidak akan menjadi orang pada hari ini.

Oh! McD… Servis kamu sgt suram…

Salam Sejahtera

McD telah memperkenalkan servis hantar kerumah selama lebih kurang… ntah 5 tahun kot. Namun servisnya tidaklah pernah baik ataupun diperbaiki. Lain yang dipesan, lain yang sampai. Nasib baik sampai. Kadang-kadang mengambil masa yang terlampau lama – 3 jam.

i’m lovin it la sangat. Ada satu masa, order pukul 9.00, pukul 12.00 baru sampai. Tunggu patties dari Ipoh ke? Kalau Pizza-hut atau Domino’s Pizza, tidak pernah pula ambil masa yang lama macam tuh. Mamak tong gas pun tak pernah ambil masa yang lama macam tuh.

Buatlah sesuatu, gajikan rider tetap ke atau ambil rider yang berwawasan ke. Tak kisahlah janji pelanggan berasa suka dan akan rasa seronok untuk order lagi. Ini macam punya servis, baik kita start engine kereta dan pergi drive-thru. Lagi pantas rasanya.

You teruk la Ronald.

Arnab itu sudah mati…

Salam kepada semua umat manusia. Semoga Tuhan memberkati kamu semua.

Adapun pada hari ini, isteriku telah mengalami suatu keadaan yang pelik di mana, beliau berasa pening2 dan tension2. Muntah2 katanya di dalam SMS tadi. Saya bilang kepadanya agar mengambil MC kerana elok untuk dia berehat di rumah.

Namun balasnya, nanti dirumah nangis sorang2. OOOoooOOO begitukah? Saya mana tahu hal2 wanita ini. Isteri saya menggagahkan dirinya untuk pergi ke klinik untuk berjumpa doktor. Kasihan dia kerana lama menunggu di Klinik. Ramai pula manusia di kala itu. Setiap isteri adalah manusia yang bersemangat waja. Kami orang2 lelaki tidak ada kesanggupan begitu. /salute

Isteriku memberitahu berita gumbira kepadaku “B, ayang dah nampak dah. Kecil je. 0.42 cm”. Haha. Seronot sungguh rasa di dalam hati. Patutlah saya asyik moody pada waktu tengah-hari. Membawa la ni kalau ikut kata orang2 tua. Due date (Dgn Izin Allah) adalah pada 6-OCT-2010. Ikut katanya, sudah berumur 6 minggu 1 hari. Haha. Made in Penang la dey.

Ku pohon kepadaMu Tuhanku, kurniakan kepadaku anak2 yang Soleh. Tidak kira lelaki atau perempuan. Ku pinta agar anak2 ku adalah dari golongan yang baik perketinya dan sihat tubuh badannya. Ameen.

Hang ingat hang terrer ka???

Salam

Baru-baru ini ada satu mahkluk bongok yang kena reman sebab membuat salah akibat keceluparan mulut. Al maklum sajalah, budak-budak baru nak naik. Masih mencari-cari erti kehidupan atau mungkin mencari sedikit kasih dan sayang. Mungkin juga yang sebenarnya dia mencari perhatian. Mungkin dia kekurangan perhatian daripada rakan-rakan atau standard la mahu mencari fame. Biasalah… budak-budak.

Bercerita seperti orang yang terer2. Mahu jatuhkan dek tuh la, mahu reform parti itu la. Dan macam-macam lagi. Hina isteri nabi, bercakap macam orang sudah cukup ilmu. Tapi… tidak, Tuhan adjust sikit je, terus dia terkena. Itulah, menaip ikut sedap hati. Tak pernah pikir apa kesan dia. Nasib baik dia tak kena ISA. Syukur kepada Allah SWT, kerana tidak membiarkan budak terer itu masuk ISA. Kalau tak, tahulah nasib dia macam telor. Nak tahu macam mana seksa jadi tahanan ISA? Sila try petua ini. Taruk serbuk Cili dekat lubang buntut, tahan pedih dia. Macam tuh la lebih kurang dia punya seksa (saya tak kata tahanan ISA kena serbuk cili, perumpamaanya sahaja)

Sesungguhnya kebodohan mangkuk itu memang sudah nyata. Secara terang2 sekali; lawat ja blog dia, memenag terang2 kita bisa lihat kebangangannya yang nyata. Ada pulak akaun MBB yang bisa digunapakai oleh polis untuk mencari siapakah yang empunya ini blog. Kemudian, dia memohon maaf kepada rakyat Johor secara sukarela. Minta maaf wat per kalau tak salah. Hang betol koman la. Kurang makan Masak Lomak kot? Hahahhaha. Hang ingat hang terrer ka? Tuhan lagi terrer la!!

Citer la nak hantar bini kat kampung. Mungkin mau lari ke Siam. Mungkin benar dia hantar bini ke kampung. Sendiri punya hati je yang tahu. Ke Siam ka, hantar bini ka. Itu hang punya pasal la. hang ingat hang terer ka?

Hang buleh pulak tidak mengaku bersalah tetapi mengaku menimbulkan kekeliruan. Hang ingat hang terer ka? Hang buleh tipu bini hang, atuk hang, kawan2 hang. Tapi Tuhan itu hebat. Hang kutuk bini Nabi, Hang kutuk sahabat dia. Hang tunggu je la balasan tuhan di dunia. At least, kat neraka nanti kurang la sikit sebab dah kena kifarah kar dunia. 🙂

Hang ingat hang terer ka???

Rukun Negara

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN